HEBAHAN

SEMUA KETUA PEMBANTU TADBIR & PEMBANTU TADBIR LANTIKAN SURUHANJAYA PERKHIDMATAN PENDIDIKAN (SPP) DIALU-ALUKAN MENJADI AHLI KEPTAN. DAFTAR SEKARANG! SILA HUBUNGI PENGERUSI CAWANGAN ATAU SETIAUSAHA CAWANGAN BAGI MENDAPATKAN PENERANGAN BERKAITAN KEPTAN DAN MENDAFTAR. *** KEPTAN CAWANGAN SEDANG MENGEMASKINI MAKLUMAT TERKINI AHLI CAWANGAN. SEGALA KESULITAN AMAT DIKESALI. *** SEMUA AHLI KEPTAN CAWANGAN TEMERLOH DIPOHON MENGISI "BORANG KEMASKINI MAKLUMAT AHLI" YANG BOLEH DIAKSES DI DASHBOARD BLOGSPOT KEPTAN CAWANGAN SEKIRANYA BERLAKU PERUBAHAN TEMPAT BERTUGAS SEMASA ATAU MAKLUMAT PERIBADI SUPAYA MAKLUMAT TUAN/PUAN DAPAT DIKEMASKINI DARI SEMASA KE SEMASA

3 Feb 2019

ZIARAH CAKNA 1/2019


Alhamdulillah, satu lagi program ziarah cakna oleh AJK Keptan Cawangan bersama-sama ahli Keptan Cawangan telah usai terlaksana pada 02/02/2019 (Sabtu).

Program ziarah ini adalah bagi mengikuti perkembangan terkini tahap kesihatan En. Mohamed Isa bin Ariffin (Pembantu Tadbir SJKT Ladang Edensor) yang mengalami serangan stroke pada bulan September tahun lalu.

Disamping berziarah, Keptan Cawangan juga ingin mengambil tanggungjawab terhadap ahli-ahli yang mengalami kesukaran dalam membuat tuntutan perubatan. Keptan Cawangan juga telah memberikan khidmat nasihat kepada waris dan bersedia menjadi pemudahcara bagi memudahkan tuntutan-tuntutan yang boleh dibuat.

Difahamkan perbelanjaan yang diperlukan sebulan adalah sekitar RM 2400.00. Sehingga kini hampir RM 10,000.00 telah dibelanjakan. Beliau kini masih sedang menjalani dialisis.

Buat masa ini beliau masih tidak boleh bangun dan minum susu melalui perut yang telah ditebuk.

Keptan Cawangan berdoa agar segala urusan En. Mohamed Isa dipermudahkan oleh Allah dan kembali sihat. Keptan Cawangan akan terus membantu selagi mana yang mampu.











No comments:

Post a Comment