HEBAHAN

SEMUA KETUA PEMBANTU TADBIR & PEMBANTU TADBIR LANTIKAN SURUHANJAYA PERKHIDMATAN PENDIDIKAN (SPP) DIALU-ALUKAN MENJADI AHLI KEPTAN. DAFTAR SEKARANG! SILA HUBUNGI PENGERUSI CAWANGAN ATAU SETIAUSAHA CAWANGAN BAGI MENDAPATKAN PENERANGAN BERKAITAN KEPTAN DAN MENDAFTAR. *** KEPTAN CAWANGAN SEDANG MENGEMASKINI MAKLUMAT TERKINI AHLI CAWANGAN. SEGALA KESULITAN AMAT DIKESALI. *** SEMUA AHLI KEPTAN CAWANGAN TEMERLOH DIPOHON MENGISI "BORANG KEMASKINI MAKLUMAT AHLI" YANG BOLEH DIAKSES DI DASHBOARD BLOGSPOT KEPTAN CAWANGAN SEKIRANYA BERLAKU PERUBAHAN TEMPAT BERTUGAS SEMASA ATAU MAKLUMAT PERIBADI SUPAYA MAKLUMAT TUAN/PUAN DAPAT DIKEMASKINI DARI SEMASA KE SEMASA

22 Feb 2019

KAJI SELIDIK PENYEDIAAN KERTAS CADANGAN PENGGABUNGAN SKIM PEMBANTU TADBIR (PERKERANIAN/OPERASI) DAN SKIM PEMBANTU TADBIR (KEWANGAN)


(HEBAHAN MELALUI EMEL & LAMAN WEB KPM)
Assalamualaikum & Salam Sejahtera,

Semua Ketua Pembantu Tadbir/ Pembantu Tadbir (Perkeranian/Operasi)
Semua Ketua Pembantu Tadbir (Kewangan)/ Pembantu Tadbir (Kewangan)
Kementerian Pendidikan Malaysia

Tuan/Puan,

KAJI SELIDIK UNTUK MENDAPATKAN MAKLUMAT BAGI PENYEDIAAN KERTAS CADANGAN PENGGABUNGAN SKIM PEMBANTU TADBIR (PERKERANIAN/OPERASI) DAN SKIM PEMBANTU TADBIR (KEWANGAN) KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA

Dengan segala hormatnya saya ingin merujuk perkara di atas.

2.         Sukacita dimaklumkan bahawa Kesatuan Pembantu Tadbir (Pendidikan) Semenanjung [KEPTAN] sedang menyediakan dua (2) Kertas Cadangan untuk dibentangkan melalui Mesyuarat Majlis Kebangsaan Pekerja-Pekerja Am dan Kumpulan Pelaksana (MBK Am/Pelaksana) Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) Bil. 1 Tahun 2019 dalam masa terdekat.

3.         Kertas pertama berkaitan cadangan Penggabungan Skim Pembantu Tadbir (Perkeranian/Operasi) Gred N19/22/26/28 dan Skim Pembantu Tadbir (Kewangan) Gred W19/22/26 yang berkhidmat di bahagian, jabatan pendidikan negeri (JPN), pejabat pendidikan daerah (PPD), Institut Pendidikan guru (IPG), kolej, sekolah di bawah Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) lantikan Suruhanjaya Perkhidmatan Pelajaran (SPP). Manakala kertas kedua berkaitan cadangan Menaiktaraf Skim Pembantu Tadbir kepada Skim Bersepadu.

4.         Sehubungan dengan itu, dimohon jasa baik semua Ketua Pembantu Tadbir/ Pembantu Tadbir (Perkeranian/Operasi) dan Ketua Pembantu Tadbir (Kewangan)/ Pembantu Tadbir (Kewangan) memberi maklum balas selewat-lewatnya pada 28 Februari 2019. Sebarang pertanyaan tuan/puan boleh emel kepada tugasptkpm@gmail.com.

Sila klik pautan: http://bit.ly/maklumbalaspenggabunganskimpt

Segala kerjasama dan perhatian tuan/puan berkenaan perkara ini amat dihargai dan didahului dengan ucapan ribuan terima kasih.

Sekian.

“SAYANGI MALAYSIAKU”
“KEPTAN MAJU JAYA”


Saya yang menjalankan amanah,



(AHMAD SABRI BIN ZAKARIA)
Setiausaha Agung
KEPTAN Semenanjung Malaysia
Alamat Ibu Pejabat:
KEPTAN SEMENANJUNG MALAYSIA
No. 21-4-1 & 21-4-2, Jalan Semarak Api 2 (Jalan 3/50)
Blok E, Diamond Square
53300 KUALA LUMPUR
Tel:   03-40227031
Faks: 03-40227032
Emel: keptanpusat@gmail.com

No comments:

Post a Comment