HEBAHAN

SEMUA KETUA PEMBANTU TADBIR & PEMBANTU TADBIR LANTIKAN SURUHANJAYA PERKHIDMATAN PENDIDIKAN (SPP) DIALU-ALUKAN MENJADI AHLI KEPTAN. DAFTAR SEKARANG! SILA HUBUNGI PENGERUSI CAWANGAN ATAU SETIAUSAHA CAWANGAN BAGI MENDAPATKAN PENERANGAN BERKAITAN KEPTAN DAN MENDAFTAR. *** KEPTAN CAWANGAN SEDANG MENGEMASKINI MAKLUMAT TERKINI AHLI CAWANGAN. SEGALA KESULITAN AMAT DIKESALI. *** SEMUA AHLI KEPTAN CAWANGAN TEMERLOH DIPOHON MENGISI "BORANG KEMASKINI MAKLUMAT AHLI" YANG BOLEH DIAKSES DI DASHBOARD BLOGSPOT KEPTAN CAWANGAN SEKIRANYA BERLAKU PERUBAHAN TEMPAT BERTUGAS SEMASA ATAU MAKLUMAT PERIBADI SUPAYA MAKLUMAT TUAN/PUAN DAPAT DIKEMASKINI DARI SEMASA KE SEMASA

VISI & MISI


 

VISI
1. Setiap ahli KEPTAN mendapat hak dan kebajikan yang sepadan dengan bebanan tugas yang dipikul supaya dapat menjalankan tugas tersebut dengan amanah, jujur, ikhlas, berkualiti dan dalam suasana kerja yang harmoni.

2. Melahirkan kumpulan Pembantu Tadbir di kalangan ahli KEPTAN yang profesional dan berkebolehan melaksanakan pelbagai tugas dengan ilmu pengetahuan dan kemahiran yang dipelbagaikan selaras dengan tranformasi dalam perkhidmatan awam.

3. Mewujudkan persefahaman, kerjasama dan hubungan yang erat di kalangan ahli KEPTAN dalam melaksanakan tanggungjawab sebagai penjawat awam dan hidup berkesatuan. 



MISI
1. Menguruskan segala usul dan aduan yang dibawa oleh setiap ahli KEPTAN bagi memastikan hak dan kebajikan setiap ahli KEPTAN terbela.

2. Menggalakkan penganjuran seminar, kursus, latihan dan sebagainya dalam usaha untuk meningkatkan ilmu pengetahuan, kemahiran dan profesionalisme di kalangan ahli KEPTAN dalam melaksanakan tugas sebagai penjawat awam, hidup bermasyarakat dan menguruskan hal ehwal kesatuan dengan efisien dan efektif.

3. Menggalakkan penganjuran aktiviti atau program sosial seperti hari keluarga, pertandingan sukan, lawatan, gotong-royong dan sebagainya supaya dapat saling berkenalan dan mengeratkan hubungan sesama ahli.

4. Memberi bantuan kewangan kepada ahli yang menerima rawatan di wad melebihi 7 hari berturut-turut atau membantu ahli keluarga yang kematian ahli keluarga yang merupakan ahli KEPTAN melalui Tabung Kebajikan KEPTAN.

No comments:

Post a Comment