HEBAHAN

SEMUA KETUA PEMBANTU TADBIR & PEMBANTU TADBIR LANTIKAN SURUHANJAYA PERKHIDMATAN PENDIDIKAN (SPP) DIALU-ALUKAN MENJADI AHLI KEPTAN. DAFTAR SEKARANG! SILA HUBUNGI PENGERUSI CAWANGAN ATAU SETIAUSAHA CAWANGAN BAGI MENDAPATKAN PENERANGAN BERKAITAN KEPTAN DAN MENDAFTAR. *** KEPTAN CAWANGAN SEDANG MENGEMASKINI MAKLUMAT TERKINI AHLI CAWANGAN. SEGALA KESULITAN AMAT DIKESALI. *** SEMUA AHLI KEPTAN CAWANGAN TEMERLOH DIPOHON MENGISI "BORANG KEMASKINI MAKLUMAT AHLI" YANG BOLEH DIAKSES DI DASHBOARD BLOGSPOT KEPTAN CAWANGAN SEKIRANYA BERLAKU PERUBAHAN TEMPAT BERTUGAS SEMASA ATAU MAKLUMAT PERIBADI SUPAYA MAKLUMAT TUAN/PUAN DAPAT DIKEMASKINI DARI SEMASA KE SEMASA

30 Jan 2019

MESYUARAT AJK KALI KE-1 TAHUN 2019

Mesyuarat AJK Keptan Cawangan Temerloh bagi Tahun 2019 telah usai dilaksanakan dengan jayanya.

Mesyuarat yang diadakan di Rest House Temerloh pada 29/01/2019 ini juga telah dihadiri oleh 3/4 dari ahli mesyuarat dan yang tidak hadir dengan bersebab.

Tujuan mesyuarat ini diadakan bagi membincangkan perancangan program-program yang akan disusun untuk manfaat ahli cawangan.

Selain mesyuarat, jamuan Hi-Tea juga telah diadakan usai mesyuarat. Jamuan dan tempat ini adalah inisiatif AJK-AJK dengan ditanggung sepenuhnya oleh AJK-AJK dengan bayaran         RM 30.00 seorang tanpa menggunakan dana Kesatuan.

Pihak Keptan juga telah menjemput Cik Nor Anisah binti Jusoh (Pegawai Eksekutif PPD Temerloh) serta Penolong Akauntan baharu namun Penolong Akauntan tidak dapat hadir kerana ada hal yang perlu disegerakan.

Pihak Keptan mengucapkan ribuan terima kasih kepada Cik Nor Anisah binti Jusoh kerana sudi hadir.

Semoga perancangan yang dirancang dapat bergerak dengan jayanya untuk tahun ini.

Diharapkan juga semua ahli Keptan Cawangan Temerloh dapat memberikan sokongan padu dan komitmen terhadap program-program yang dirancang.

Terima kasih.



 


 
























No comments:

Post a Comment