HEBAHAN

SEMUA KETUA PEMBANTU TADBIR & PEMBANTU TADBIR LANTIKAN SURUHANJAYA PERKHIDMATAN PENDIDIKAN (SPP) DIALU-ALUKAN MENJADI AHLI KEPTAN. DAFTAR SEKARANG! SILA HUBUNGI PENGERUSI CAWANGAN ATAU SETIAUSAHA CAWANGAN BAGI MENDAPATKAN PENERANGAN BERKAITAN KEPTAN DAN MENDAFTAR. *** KEPTAN CAWANGAN SEDANG MENGEMASKINI MAKLUMAT TERKINI AHLI CAWANGAN. SEGALA KESULITAN AMAT DIKESALI. *** SEMUA AHLI KEPTAN CAWANGAN TEMERLOH DIPOHON MENGISI "BORANG KEMASKINI MAKLUMAT AHLI" YANG BOLEH DIAKSES DI DASHBOARD BLOGSPOT KEPTAN CAWANGAN SEKIRANYA BERLAKU PERUBAHAN TEMPAT BERTUGAS SEMASA ATAU MAKLUMAT PERIBADI SUPAYA MAKLUMAT TUAN/PUAN DAPAT DIKEMASKINI DARI SEMASA KE SEMASA

27 Dec 2019

PERTANDINGAN BOWLING KEPTAN CAWANGAN TEMERLOH


Pertandingan Bowling Keptan Cawangan Temerloh telah diadakan mengikut ketetapan yang berikut:

          Tarikh: 26/12/2019 (Khamis)
          Masa: 2.30 petang
          Tempat: U Bowl, Starmall Mentakab


Syabas dan tahniah diucapkan kepada Biro Sukan Keptan Cawangan Temerloh kerana berjaya mengelolakan pertandingan ini.

Terima kasih yang tidak terhingga kepada semua ahli Keptan Cawangan yang telah meluang masa bersama-sama menjayakan pertandingan ini.

Ucapan terima kasih juga diberikan kepada Tuan PPD Temerloh yang sudi bersama-sama Keptan Cawangan menyertai pertandingan ini.

SYABAS DAN TAHNIAH!


SYABAS DAN TAHNIAH!

Pihak Keptan Cawangan Temerloh mengucapkan tahniah kepada Presiden Keptan Semenanjung Malaysia, Puan Jameelah binti Hussien yang telah memenangi tanpa bertanding Jawatan Naib Presiden Bahagian Wanita CUEPACS bagi sesi 2019 - 2022.

Juga tahniah kepada Setiausaha Agung Keptan Semenanjung Malaysia, En Ahmad Sabri bin Zakaria yang telah memenangi Jawatan Naib Presiden Gred Kewangan (Klasifikasi : W) CUEPACS bagi sesi 2019 - 2022.

Semoga dengan kejayaan ini akan membawa nama Keptan ke arah yang lebih tinggi dan menjadi penyumbang kepada suara CUEPACS.





SAMBUTAN HARI PEMBANTU TADBIR PENDIDIKAN PERINGKAT DAERAH TEMERLOH


Alhamdulillah, Sambutan Hari Pembantu Tadbir (Pendidikan) dan Hi-Tea peringkat Daerah Temerloh telah berjaya diadakan pada ketetapan yang berikut:

        Tarikh: 05 Disember 2019 (Khamis)
        Masa: 2.30 petang
        Tempat: SJK (C) Khee Chee, Temerloh

Pihak Keptan Cawangan mengucapkan tahniah dan syabas kepada semua Pembantu Tadbir cawangan yang telah meluang masa menjayakan dan memeriahkan majlis ini.

Juga sekalung penghargaan kepada Tuan PPD Temerloh yang telah sudi hadir merasmikan majlis ini.

Semoga hubungan yang baik antara Ketua Jabatan dan Kesatuan akan terus dikekalkan.

12 Nov 2019

MESYUARAT KHAS PENYELARASAN SAMBUTAN HARI PEMBANTU TADBIR (PENDIDIKAN) DAN HI-TEA


Jawatankuasa Keptan Cawangan Temerloh telah mengadakan Mesyuarat Khas Penyelarasan Sambutan Hari Pembantu Tadbir (Pendidikan) dan Hi-Tea peringkat Daerah Temerloh yang diadakan pada ketetapan yang berikut:

        Tarikh: 07 November 2019 (Khamis)
        Masa: 2.30 petang
        Tempat: Gerbang Cendekia, PPD Temerloh

Antara agenda yang telah dibincangkan dan dipersetujui oleh mesyuarat adalah:
  • Jamuan Hi-Tea dan Sambutan Hari Pembantu Tadbir (Pendidikan) (HPTP) Peringkat Daerah Temerloh akan diadakan bersekali.
  • Jamuan Hi-Tea dan Sambutan HPTP akan diadakan pada 05 Disember 2019 (Khamis).
  • Tempat diadakan di SJK (C) Khee Chee Temerloh.
  • Antara pengisian program adalah penyampaian Sijil Penghargaan kepada sekolah-sekolah yang telah mendapat keputusan Audit Kewangan Cemerlang Tahun 2018.
  • Tema : "Bollywood".

Bagi ahli Keptan Cawangan yang ingin menyertai program ini, bolehlah menyerahkan nama kepada Setiausaha Cawangan Pn. Dahlyia binti Duhim ditalian 019-9670457 sebelum atau pada 27 November 2019 (Rabu).


Untuk maklumat lanjut, sila hubungi nombor dibawah untuk mendapatkan pencerahan berkaitan program:
  1. En. Mohd Kasim bin Abu Samah (Timbalan Pengerusi) : 019-5442547
  2. Pn. Noor Lizah binti Yusof (Naib Pengerusi) : 011-10608048
  3. Pn. Dahlyia binti Duhim (Setiausaha) : 019-9670457

    23 Oct 2019

    SAMBUTAN HARI PEMBANTU TADBIR DAN KARNIVAL PEMBANTU TADBIR PENDIDIKAN PAHANG TAHUN 2019



    KEPTAN CAWANGAN TEMERLOH INGIN MENGUCAPKAN SEMOGA MAJLIS SAMBUTAN INI DAPAT DILAKSANAKAN DENGAN JAYANYA

    TAHNIAH DAN SYABAS JUGA KEPADA PARA KONTINJEN DARI SEMUA DAERAH DAN BARISAN JAWATANKUASA KERJA YANG BERUSAHA MENJAYAKAN SAMBUTAN INI.

    ANDA SEMUA HEBAT!


    17 Oct 2019

    KURSUS PERKHIDMATAN TAHUN 2019

    Tarikh: 10/10/2019 (Khamis)
    Masa: 8.00 pagi
    Tempat: SJK (C) Khee Chee

    Alhamdulillah satu lagi kursus bagi tahun 2019 telah selesai dianjurkan dan dijayakan oleh KEPTAN Cawangan Temerloh kepada ahli Cawangan Temerloh.  Ini merupakan kursus terakhir bagi Tahun 2019 ini sebelum menutup tirai.

    Kursus ini telah ditaklimatkan oleh Pegawai Eksekutif PPD Temerloh, Cik Nor Anisah binti Jusoh yang memberi taklimat berkaitan Penyata Perubahan Pendapatan dan Cuti-cuti dalam perkhidmatan.

     
    Sesi seterusnya telah disambung oleh fasilitator Puan Norhaslina binti Mohd yang membawa tajuk Pelaksanaan HRMIS Bagi Pegawai Baru Lantik.

    Dan dihujung sesi, tajuk berkaitan Permohonan Untuk Urusan Keluar Negara telah disampaikan oleh Fasilitator Puan Firda Murni binti Rusli.

    Kehadiran yang sangat memberangsangkan juga menjadi perangsang kepada KEPTAN Cawangan untuk terus merancang dan melaksanakan program-program untuk semua ahli.  Kehadiran pada hari tersebut adalah seramai 105/117.

    Keptan Cawangan Temerloh juga ingin mengucapkan tahniah dan syabas kepada semua ahli Cawangan Temerloh kerana telah memberikan sokongan dan momentum yang padu kepada aktiviti anjuran Cawangan.

    Semoga semua ahli Keptan Temerloh dapat terus memberikan momentum yang terbaik untuk aktiviti-aktiviti anjuran Keptan Cawangan Temerloh pada masa-masa akan datang.

    Keptan Cawangan Temerloh juga ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada barisan penceramah yang telah sudi berkongsi maklumat dengan ahli-ahli KEPTAN Cawangan Temerloh.

    Kepada yang belum menjadi ahli, dan ingin menjadi ahli, boleh berjumpa dengan Setiausaha Cawangan, Puan Dahlyia Duhim (Pembantu Tadbir SK Kuala Kaung) untuk mendapatkan informasi dan borang. 

    1 Oct 2019

    TEKS UCAPAN YBM PENDIDIKAN MALAYSIA SEMPENA HARI PEMBANTU TADBIR PENDIDIKAN 2019


    HOTEL REGENCY, KUALA LUMPUR
    1 Oktober 2019










    SELAMAT MENYAMBUT HARI PEMBANTU TADBIR PENDIDIKAN 2019



    HOTEL REGENCY, KUALA LUMPUR
    1 Oktober 2019


    Selamat Menyambut Hari Pembantu Tadbir Pendidikan bagi semua Pembantu Tadbir dibawah KPM.

    Ini adalah tahun pemula.. Tahun mendatang akan diperluaskan lagi ke negeri dan daerah-daerah.

    Ini satu lagi kejayaan yang dirakam oleh Kesatuan Pembantu Tadbir Pendidikan Semenanjung Malaysia (KEPTAN).

    Terima kasih YBM Dr Maszlee Malik atas pengiktirafan ini.

    ZIARAH CAKNA 2/2019


    KAMPUNG KELULUT  I  21 September 2019 - Kunjungan ziarah cakna AJK bersama Ahli Kesatuan KEPTAN Cawangan Temerloh ke rumah En. Mohamed Isa bin Ariffin bagi menyantuni dan menyerahkan sedikit sumbangan kewangan kepada beliau.. Keadaan beliau semakin baik.

    Penyerahan cek telah disempurnakan oleh En. Mohd Badrul bin Abdul Manaf (Pengerusi KEPTAN Cawangan Temerloh).

    Ini adalah ziarah kali kedua kesatuan terhadap beliau yang telah mengalami strok pada penghujung tahun lepas.





     

    Semoga En. Mohamed Isa bin Ariffin akan terus bertambah sihat dan dapat meneruskan kehidupan seperti biasa.  Warga KEPTAN Cawangan Temerloh akan sentiasa mendoakan kesihatan sahabat ini.



    6 Sept 2019

    [ BERITA ] CADANGAN HENTIKAN SKIM PENCEN MASIH DIKAJI



    Cadangan hentikan skim pencen masih dikaji


    Fairul Asmaini Mohd Pilus
    asmaini@nstp.com.my
     
     
    MEKANISME baharu untuk menggantikan Skim Pencen Perkhidmatan Awam masih di peringkat kajian.
     
    Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail berkata, selepas kajian itu selesai, hasilnya akan dibentangkan ke peringkat kabinet.

    “Sama ada kabinet setuju atau tidak, ia memerlukan perbincangan lanjut lagi.

    “Mengenai persediaan pula, belum ada butirannya dan ia akan diperincikan kemudian,” katanya ditemui selepas merasmikan program Women in Business (WINBIZ) Bank Islam Malaysia Berhad (Bank Islam) di Kuala Lumpur hari ini.

    Dr Wan Azizah mengulas mengenai laporan kerajaan akan memperkenalkan mekanisme baharu yang akan menggantikan Skim Pencen Perkhidmatan Awam dan ia dijangka dilaksanakan tahun depan membabitkan lantikan baharu dalam sektor berkenaan.

    Semalam, Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam, Datuk Seri Borhan Dolah berkata, inisiatif yang disasarkan itu dijangka dapat mengurangkan beban kewangan kerajaan sehingga RM5 bilion setahun namun ia masih perlu diperhalusi dan bergantung kepada keputusan muktamad kerajaan.

    Borhan berkata, kaedah mengurangkan bebanan pencen bagi kerajaan sudah pun dilaksanakan tetapi bukan dalam skala besar.

    Menurut Borhan, pihaknya sudah membentangkan kertas awalan merangkumi pelbagai opsyen ke arah mengurangkan bebanan pencen kerajaan kepada jemaah Menteri dan Jawatankuasa Khas Pembaharuan Perkhidmatan Awam.

    “Tetapi ia belum dimuktamadkan dan kita diminta untuk terus memperbaiki serta memperhalusi pelbagai opsyen yang diberikan dan keputusan akhir akan dimuktamadkan oleh kerajaan.

    “Bebanan pencen kerajaan yang meningkat saban tahun sekarang ini mencecah RM28 bilion setahun dan kita mahu lihat mekanisme baharu supaya kerajaan kurang dibebani dengan perkara itu.

    “Jika boleh cecah penjimatan RM5 bilion setahun kepada kerajaan pun adalah baik tetapi ini semua bergantung opsyen yang dipilih,” katanya.

    Berita berkaitan
    Bakal laksanakan skim tidak berpencen, kontrak

    Artikel ini disiarkan pada : Khamis, 5 September 2019 @ 2:51 PM

    MESYUARAT JK & BIRO KALI KE-3 TAHUN 2019


    Mesyuarat Jawatankuasa & Biro Keptan Cawangan Temerloh Kali Ke-3 Tahun 2019 (Penyelarasan Sempena Karnival Pembantu Tadbir Negeri Pahang dan Kursus Perkhidmatan) 
     
    Tarikh: 05 September 2019 (Khamis)
    Masa: 2.30 petang
    Tempat: Bilik Gerakan, SK Tanjung Lalang
     
     
    Terima kasih diucapkan kepada semua AJK dan Biro yang hadir ke mesyuarat ini.

    Terima kasih kepada tuan rumah yang sudi meminjamkan tempat dan menyediakan jamuan makan.

    #CC Norizan Bahari
    #SK Tanjong Lalang Temerloh
     
     
















     

    5 Sept 2019

    [ BERITA ] MEKANISME BAHARU GANTI SKIM PENCEN PERKHIDMATAN AWAM


    Borhan menyampaikan ucapan perasmian Persidangan Pengurusan Sumber Manusia Sektor Awam di PICC Putrajaya. - NSTP/Luqman Hakim Zubir    

    Mekanisme baharu ganti skim pencen perkhidmatan awam

    PUTRAJAYA: Mekanisme baharu yang akan menggantikan Skim Pencen Perkhidmatan Awam dijangka dilaksanakan tahun depan membabitkan lantikan baharu dalam sektor itu.

    Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam, Datuk Seri Borhan Dolah, berkata inisiatif yang disasarkan dapat mengurangkan beban kewangan kerajaan sehingga RM5 bilion setahun itu bagaimanapun masih perlu diperhalusi dan bergantung kepada keputusan muktamad kerajaan.

    Katanya, kaedah mengurangkan bebanan pencen bagi kerajaan sudah pun dilaksanakan tetapi bukan dalam skala besar.

    “Contohnya, seperti tentera ketika ini yang mempunyai lantikan jangka pendek dan jangka panjang, yang mana jangka pendek adalah tidak berpencen.

    “Jadi, lantikan baharu ke dalam perkhidmatan awam selepas ini mungkin kontrak saja, tetapi ia akan dipadukan supaya lebih menarik dengan gaji lebih baik, perlindungan kebajikan dan keselamatan dalam pekerjaan.

    “Mungkin juga ada perkhidmatan tertentu saja yang akan kita lantik tetap. Lantikan tetap ini juga mungkin boleh kita jadikan dua versi iaitu lantikan tetap berpencen dan tidak berpencen.

    “Jadi, akhirnya kita lihat untuk jangka masa panjang kerajaan tidak akan tanggung beban pencen,” katanya selepas merasmikan Persidangan Pengurusan Sumber Manusia Sektor Awam (HRMC) 2019 di sini, hari ini.

    Tahun lalu, berdasarkan laporan Tinjauan Ekonomi 2019 yang dikeluarkan Kementerian Kewangan, kerajaan disaran menyemak semula skim pencen penjawat awam berikutan jangkaan peningkatan beban kepada pertumbuhan ekonomi negara pada masa hadapan.

    Menurut laporan itu, skim pencen sedia ada mungkin tidak dapat dikekalkan dalam jangka masa panjang kerana ia akan menambah beban kewangan yang ditanggung kerajaan.

    Mengulas lanjut, Borhan menjelaskan pihaknya sudah membentangkan kertas awalan merangkumi pelbagai opsyen ke arah mengurangkan bebanan pencen kerajaan kepada jemaah Menteri dan Jawatankuasa Khas Pembaharuan Perkhidmatan Awam.

    “Tetapi ia belum dimuktamadkan dan kita diminta untuk terus lagi memperbaiki serta memperhalusi pelbagai opsyen yang diberikan dan keputusan akhirnya akan dimuktamadkan oleh kerajaan.

    “Bebanan pencen kerajaan yang meningkat saban tahun sekarang ini mencecah RM28 bilion setahun dan kita mahu lihat mekanisme supaya kerajaan kurang dibebani dengan perkara ini.

    “Jika boleh cecah penjimatan RM5 bilion setahun kepada kerajaan pun adalah baik tetapi ini semua bergantung opsyen yang dipilih,” katanya.

    Dalam pada itu, menjawab mengenai sama ada relevan untuk Suruhanjaya Perkhidmatan Awam (SPA) dan Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) disatukan, Borhan berkata memang ada perancangan ke arah itu dan beliau yakin jika dizahirkan, ia tidak mendatangkan masalah.


    Pautan asal : https://www.bharian.com.my/berita/nasional/2019/09/603491/mekanisme-baharu-ganti-skim-pencen-perkhidmatan-awam

    30 Aug 2019

    SELAMAT MENYAMBUT HARI KEBANGSAAN KE-62


    SELAMAT MENYAMBUT HARI KEBANGSAAN KALI KE-62 TAHUN 2019


    SAYANGI MALAYSIAKU : MALAYSIA BERSIH

     
     


     

    Ikhlas dari:
    Kesatuan Pembantu Tadbir (Pendidikan) (KEPTAN)
    Cawangan Temerloh 

    "KEPTAN MAJU JAYA"

    SPI KPM Bil.3/2019: SOP PENGGUNAAN KENDERAAN SENDIRI BAWA MURID UNTUK URUSAN RASMI


    SPI KPM Bil.3/2019: SOP PENGGUNAAN KENDERAAN SENDIRI BAWA MURID UNTUK URUSAN RASMI


    Dengan segala hormatnya merujuk perkara di atas.

    2. Bersama - sama ini dilampirkan perkara berikut: 

        2.1 Surat Pekeliling Ikhtisas Bil. 3 Tahun 2019


    Attachments:


    8 Aug 2019

    PELAKSANAAN SKIM TAKAFUL PELAJAR SEKOLAH MALAYSIA (TPSM) BAGI MURID PRASEKOLAH, SEKOLAH RENDAH, SEKOLAH MENENGAH DAN TINGKATAN ENAM KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA 2019


    PELAKSANAAN SKIM TAKAFUL PELAJAR SEKOLAH MALAYSIA (TPSM) BAGI MURID PRASEKOLAH, SEKOLAH RENDAH, SEKOLAH MENENGAH DAN TINGKATAN ENAM KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA 2019

    Dengan segala hormatnya merujuk perkara di atas.

    2. Bersama - sama ini dilampirkan surat dan maklumat berikut untuk tindakan tuan:

       2.1 SURAT TPSM KEPADA PPD
       2.2 SURAT TPSM KEPADA SEKOLAH
       2.3 SIJIL TPSM - APPENDIX A
       2.4 TATACARA TUNTUTAN - APPENDIX B
       2.5 BORANG TUNTUTAN TPSM 
       2.6 PDF NO SIJIL TPSM DAN SKOP PELINDUNGAN
       2.7 SURAT TPSM KPM BERTARIKH 29 JAN 2019

    Attachments: