HEBAHAN

SEMUA KETUA PEMBANTU TADBIR & PEMBANTU TADBIR LANTIKAN SURUHANJAYA PERKHIDMATAN PENDIDIKAN (SPP) DIALU-ALUKAN MENJADI AHLI KEPTAN. DAFTAR SEKARANG! SILA HUBUNGI PENGERUSI CAWANGAN ATAU SETIAUSAHA CAWANGAN BAGI MENDAPATKAN PENERANGAN BERKAITAN KEPTAN DAN MENDAFTAR. *** KEPTAN CAWANGAN SEDANG MENGEMASKINI MAKLUMAT TERKINI AHLI CAWANGAN. SEGALA KESULITAN AMAT DIKESALI. *** SEMUA AHLI KEPTAN CAWANGAN TEMERLOH DIPOHON MENGISI "BORANG KEMASKINI MAKLUMAT AHLI" YANG BOLEH DIAKSES DI DASHBOARD BLOGSPOT KEPTAN CAWANGAN SEKIRANYA BERLAKU PERUBAHAN TEMPAT BERTUGAS SEMASA ATAU MAKLUMAT PERIBADI SUPAYA MAKLUMAT TUAN/PUAN DAPAT DIKEMASKINI DARI SEMASA KE SEMASA

6 Sept 2019

[ BERITA ] CADANGAN HENTIKAN SKIM PENCEN MASIH DIKAJI



Cadangan hentikan skim pencen masih dikaji


Fairul Asmaini Mohd Pilus
asmaini@nstp.com.my
 
 
MEKANISME baharu untuk menggantikan Skim Pencen Perkhidmatan Awam masih di peringkat kajian.
 
Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail berkata, selepas kajian itu selesai, hasilnya akan dibentangkan ke peringkat kabinet.

“Sama ada kabinet setuju atau tidak, ia memerlukan perbincangan lanjut lagi.

“Mengenai persediaan pula, belum ada butirannya dan ia akan diperincikan kemudian,” katanya ditemui selepas merasmikan program Women in Business (WINBIZ) Bank Islam Malaysia Berhad (Bank Islam) di Kuala Lumpur hari ini.

Dr Wan Azizah mengulas mengenai laporan kerajaan akan memperkenalkan mekanisme baharu yang akan menggantikan Skim Pencen Perkhidmatan Awam dan ia dijangka dilaksanakan tahun depan membabitkan lantikan baharu dalam sektor berkenaan.

Semalam, Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam, Datuk Seri Borhan Dolah berkata, inisiatif yang disasarkan itu dijangka dapat mengurangkan beban kewangan kerajaan sehingga RM5 bilion setahun namun ia masih perlu diperhalusi dan bergantung kepada keputusan muktamad kerajaan.

Borhan berkata, kaedah mengurangkan bebanan pencen bagi kerajaan sudah pun dilaksanakan tetapi bukan dalam skala besar.

Menurut Borhan, pihaknya sudah membentangkan kertas awalan merangkumi pelbagai opsyen ke arah mengurangkan bebanan pencen kerajaan kepada jemaah Menteri dan Jawatankuasa Khas Pembaharuan Perkhidmatan Awam.

“Tetapi ia belum dimuktamadkan dan kita diminta untuk terus memperbaiki serta memperhalusi pelbagai opsyen yang diberikan dan keputusan akhir akan dimuktamadkan oleh kerajaan.

“Bebanan pencen kerajaan yang meningkat saban tahun sekarang ini mencecah RM28 bilion setahun dan kita mahu lihat mekanisme baharu supaya kerajaan kurang dibebani dengan perkara itu.

“Jika boleh cecah penjimatan RM5 bilion setahun kepada kerajaan pun adalah baik tetapi ini semua bergantung opsyen yang dipilih,” katanya.

Berita berkaitan
Bakal laksanakan skim tidak berpencen, kontrak

Artikel ini disiarkan pada : Khamis, 5 September 2019 @ 2:51 PM

No comments:

Post a Comment