HEBAHAN

SEMUA KETUA PEMBANTU TADBIR & PEMBANTU TADBIR LANTIKAN SURUHANJAYA PERKHIDMATAN PENDIDIKAN (SPP) DIALU-ALUKAN MENJADI AHLI KEPTAN. DAFTAR SEKARANG! SILA HUBUNGI PENGERUSI CAWANGAN ATAU SETIAUSAHA CAWANGAN BAGI MENDAPATKAN PENERANGAN BERKAITAN KEPTAN DAN MENDAFTAR. *** KEPTAN CAWANGAN SEDANG MENGEMASKINI MAKLUMAT TERKINI AHLI CAWANGAN. SEGALA KESULITAN AMAT DIKESALI. *** SEMUA AHLI KEPTAN CAWANGAN TEMERLOH DIPOHON MENGISI "BORANG KEMASKINI MAKLUMAT AHLI" YANG BOLEH DIAKSES DI DASHBOARD BLOGSPOT KEPTAN CAWANGAN SEKIRANYA BERLAKU PERUBAHAN TEMPAT BERTUGAS SEMASA ATAU MAKLUMAT PERIBADI SUPAYA MAKLUMAT TUAN/PUAN DAPAT DIKEMASKINI DARI SEMASA KE SEMASA

25 Feb 2018

SEJARAH PENUBUHAN KEPTAN


SEJARAH PENUBUHAN KEPTAN

Sebelum wujudnya 'KEPTAN' (Kesatuan Pembantu Tadbir dan Pembantu Tadbir Rendah (Pendidikan) Semenanjung Malaysia), Pembantu Tadbir (Pendidikan) dahulunya digelar Kerani Sekolah kemudian Pegawai Kerani. Kesatuan Pegawai Kerani Pendidikan telah pun ditubuhkan pada tahun 60an. Dan banyak perkara yang telah diperolehi oleh Kerani Sekolah. Di antaranya meletakkan jawatan Kerani Sekolah yang di bawah lantikan Lembaga Pengurus Sekolah kepada lantikan Suruhanjaya Perkhidmatan Pendidikan (lantikan tetap), mewujudkan jawatan Kerani Kanan (sekarang Pembantu Tadbir N7), meminta adakan 'Close Service' untuk kakitangan sokongan Kementerian Pendidikan agar penghijrahan Kerani Kanan dari Jabatan Perkhidmatan Awam ke agensi Kementerian Pendidikan disekat.

Malangnya Kesatuan ini telah dibatalkan dalam tahun 80an kerana tidak melaksanakan peraturan-peraturan kesatuan sekerja. Perkara ini tidak dapat dielakkan kerana di masa itu yuran bulanan ahli tidak dibuat melalui potongan Perkhidmatan Biro Angkasa tetapi hanya dengan kutipan dibuat oleh Bendahari Agung atau wakil negeri sahaja. Pada 4 Ogos 1991 beberapa Pembantu Tadbir dari Selangor, Wilayah Persekutuan, Johor, Perak, Negeri Sembilan, dan Pulau Pinang telah bermuafakat untuk menubuhkan semula Kesatuan ini yang mana mesyuarat penubuhan diadakan di Jabatan Pendidikan Selangor, Shah Alam dan dirasmikan oleh Pengarah Pendidikan Selangor, Tuan Hj. Jumali bin Kasan. Ahli Jawatankuasa penaja adalah terdiri dari Pembantu Tadbir Sukarela, mahu mengorbankan masa, tenaga mahupun wang ringgit.

Pada 15 November 1992 mesyuarat agung penubuhan telah diadakan di Jabatan Pendidikan Wilayah Persekutuan, Kuala Lumpur yang dirasmikan oleh Ybhg. Tuan Hj. Shamsudin bin Dahlan, Timbalan Ketua Setiausaha II, Kementerian Pendidikan Malaysia. Penubuhan semula ini adalah di atas kesedaran dan keinsafan yang dialami Pembantu Tadbir (Pendidikan) yang menghadapi beban kerja yang bertambah dari masa ke semasa terutamanya yang bertugas di sekolah di samping kebajikan Pembantu Tadbir tiada pembelaan. Setelah Ahli Jawatankuasa Penaja ditubuhkan, sampai masanya untuk melaksanakan pendaftaran dengan Pengarah Pendafataran Kesatuan Sekerja. KEPTAN mendapat tentangan dari beberapa pihak terutamanya Kesatuan AUEGCAS yang mana Presidennya adalah Presiden CUEPACS, Saudara A.H.Ponniah. Beliau membuat beberapa bantahan agar KEPTAN tidak ditubuhkan. Nasib KEPTAN sungguh baik kerana kelulusan telah diberi oleh Pendaftar Kesatuan Sekerja pada 2 Mei 1995 tetapi dengan syarat 'Sekiranya KEPTAN terbatal sekali lagi, pihak Pendaftar Kesatuan Sekerja tidak akan membenarkan Pembantu Tadbir (Pendidikan) menubuhkan kesatuan lagi.

Pihak Kementerian Pendidikan Malaysia pula mengeluarkan satu surat pekeliling kepada semua Bahagian di Kementerian Pendidikan Pendidikan Malaysia dan semua Pengarah Pendidikan Negeri - KP (PP)0089/61/1/Jilid. 2(18) bertarikh 11 Julai 1995. Semua Ahli Jawatankuasa Penaja mengorak langkah menjelajah Semenanjung Malaysia dengan perbelanjaan sendiri membantu wakil negeri menubuhkan cawangan mengikut Pejabat Pendidikan Daerah, Jabatan Pendidikan Negeri dan Bahagian di Kementerian Pendidikan Malaysia yang difikirkan wajar. Mesyuarat Agung Tahunan Pertama diadakan pada 27 dan 28 September 1996 bertempat di Kem Kijang, Kota Bharu, Kelantan dan dirasmikan oleh Ybhg. Tuan Malik bin Hamzah. Setiausaha Bahagian Pembangunan Organisasi dan Perkhidmatan, Kementerian Pendidikan Malaysia dan pemilihan Ahli Jawatankuasa EXCO bagi tempoh 1996/1998 telah diadakan.

Kini KEPTAN dipanggil KESATUAN PEMBANTU TADBIR (PENDIDIKAN) SEMENANJUNG MALAYSIA mempunyai hampir 13 ribu ahli di seluruh Semenanjung Malaysia yang terdiri dari 80 cawangan melibatkan naungan di bawah seliaan JPN, PPD dan KPM.

KEPTAN adalah Kesatuan yang bergabung dalam CUEPACS dan merupakan Kesatuan yang ke-4 paling ramai ahli dalam CUEPACS (Lebih 120 kesatuan bergabung)-rujuk rekod sehingga 2016. Seramai 50 perwakilan KEPTAN akan menghadiri Konvensyen Tritahunan CUEPACS bagi memilih Pegawai Tertinggi CUEPACS dan Ahli Majlis Tertinggi CUEPACS Kebangsaan. Wakil KEPTAN juga pernah dipilih sebagai Naib Presiden Gred Pentadbiran, Sokongan & Sosial (Gred N & S) dan Penolong Setiausaha Bahagian Wanita CUEPACS serta Ahli Jawatankuasa CUEPACS Negeri yang terlibat secara langsung dalam mesyuarat/perbincangan/bengkel/menggubal kertas cadangan dan aktiviti/program kebajikan penjawat awam bersama kesatuan-kesatuan gabungan dalam CUEPACS.


No comments:

Post a Comment