HEBAHAN

SEMUA KETUA PEMBANTU TADBIR & PEMBANTU TADBIR LANTIKAN SURUHANJAYA PERKHIDMATAN PENDIDIKAN (SPP) DIALU-ALUKAN MENJADI AHLI KEPTAN. DAFTAR SEKARANG! SILA HUBUNGI PENGERUSI CAWANGAN ATAU SETIAUSAHA CAWANGAN BAGI MENDAPATKAN PENERANGAN BERKAITAN KEPTAN DAN MENDAFTAR. *** KEPTAN CAWANGAN SEDANG MENGEMASKINI MAKLUMAT TERKINI AHLI CAWANGAN. SEGALA KESULITAN AMAT DIKESALI. *** SEMUA AHLI KEPTAN CAWANGAN TEMERLOH DIPOHON MENGISI "BORANG KEMASKINI MAKLUMAT AHLI" YANG BOLEH DIAKSES DI DASHBOARD BLOGSPOT KEPTAN CAWANGAN SEKIRANYA BERLAKU PERUBAHAN TEMPAT BERTUGAS SEMASA ATAU MAKLUMAT PERIBADI SUPAYA MAKLUMAT TUAN/PUAN DAPAT DIKEMASKINI DARI SEMASA KE SEMASA

27 Feb 2018

IKLAN KENAIKAN PANGKAT KHAS UNTUK PENYANDANG SECARA TBBK GRED 22 KE 26


HEBAHAN

Kepada  Anggota Kumpulan Pelaksana Daerah Temerloh (AKP) (seperti Skim Perkhidmatan dibawah) yang berminat untuk memohon Kenaikan Pangkat Khas Untuk Penyandang Secara Time Based Berasaskan Kecemerlangan bagi Anggota Kumpulan Pelaksana (AKP) dari Gred N22 ke N26 (KUP) bolehlah menghubungi Puan Firda Murni binti Rusli (PPD Temerloh) di talian 09-2961210 untuk urusan seterusnya.

Skim Perkhidmatan yang ditawarkan:
1.  Pembantu Tadbir (Perkeranian / Operasi)
2.  Pembantu Tadbir Kewangan
3.  Pembantu Makmal
4.  Penyelia Asrama















HEBAHAN: INSURANS KELOMPOK


HEBAHAN

  • SKIM TAKAFUL KELOMPOK UNTUK AHLI & BAKAL AHLI KEPTAN



BERITA BAIK UNTUK AHLI KEPTAN SEMENANJUNG MALAYSIA DAN BAKAL AHLI KEPTAN!!!

KEPTAN Semenanjung Malaysia telah diberi taklimat oleh Pengurus Agensi Kumpulan  Takaful Ikhlas Bhd - Tuan Sohibul Fazilah Khozali berkaitan dengan Skim Pelan Takaful Berkumpulan. Pelan Takaful ini terbuka kepada Warga KEPTAN sudah pasti tidak wajar dilepaskan!!!

KEPTAN Semenanjung Malaysia bersetuju bekerjasama dengan TAKAFUL IKHLAS BERHAD demi menjaga kebajikan Ahli KEPTAN. KEPTAN dan Ahli secara individu yang mencarum serendah RM10 sebulan (melalui potongan gaji) akan diberi sijil khas bagi mendapat manfaat perlindungan seperti berikut:-
.
.
Jika sumbangan bulanan serendah RM10 (tidak terhad RM10, sila rujuk jadual), manfaat yang disediakan seperti berikut :
.
.
Manfaat Kematian Biasa/Penyakit
✅RM15,000
.
.
Kematian Kemalangan
✅RM30,000 
.
.
Keilatan kekal Menyeluruh Akibat Sakit
✅RM15,000 @ Kemalangan RM30,000
.
.
Keilatan Separa Kekal
✅RM15,000
.
.
Perbelanjaan serta merta kes kematian 
✅RM1000 (Ahli)
✅RM1000 (Pasangan)
✅RM500 (Anak)
.
.
Rawatan penyakit kritikal
✅RM15,000
.
.
Simpanan sebanyak 29.55% akan dibayar kepada pencarum setelah berumur 60 tahun ataupun telah memohon berhenti mencarum.
.
.
Dimaklumkan juga Pelan Takaful ini tidak dibuka kepada individu. Hanya Pelan Berkelompok/Berkumpulan sahaja dan KEPTAN terpilih dalam pelan ini untuk rakan kerjasama produk takaful. Borang permohonan hendaklah melalui Ibu Pejabat Keptan Pusat.
.
.
Pelaksanaan Skim Takaful Berkumpulan ini memerlukan seramai 1K peserta. Lagi ramai lagi bagus. Walau bagaimanapun untuk peringkat permulaan selepas perbincangan antara EXCO KEPTAN dengan Pengurus Produk Takaful Ikhlas, kita memerlukan sekurang-kurangnya 300 peserta dari kalangan ahli KEPTAN. Kempen penyertaan ini turut dibuka kepada pasangan dan anak-anak Ahli KEPTAN dengan syarat Ahli mesti menjadi peserta skim ini.
.
.
Taklimat Berkaitan Pelan Takaful Ikhlas telah diberikan kepada EXCO & Pengerusi Perhubungan Negeri KEPTAN Semenanjung Malaysia oleh Pengurus Produk Takaful Ikhlas. Taklimat Produk ini juga akan dibuat melalui roadshow Takaful Ikhlas bersama KEPTAN Negeri. 
.
.
Sila berhubung dengan EXCO/Pengerusi Perhubungan Negeri/Pengerusi Cawangan KEPTAN untuk mendapatkan Borang Takaful Ikhlas - KEPTAN dan Borang Potongan Gaji Jabatan Akauntan Negara Malaysia (JANM)
.
.
Sila pm alamat emel atau no whatsapp untuk penghantaran borang.
.
.
Dokumen yang diperlukan untuk penyertaan produk ini ialah sesalinan k/p dan borang takaful serta borang potongan gaji yang Takaful Ikhlas sediakan. Tidak diperlukan slip gaji hanya no gaji diperlukan.
.
.
Setelah MOU antara KEPTAN Semenanjung Malaysia ditandatangi dan Sijil Induk kepada KEPTAN diluluskan maka proses permohonan mencarum lebih mudah. Hanya beri maklumat nama penuh, no ic dan no gaji kepada Ibu Pejabat KEPTAN. Setiap peserta akan diberi Sijil Individu. Untuk maklumat lanjut boleh juga berhubung dengan  En Sohibul (012-3796921) atau Pn Diana (012-3229132) atau wasap.my/60147123747 (sertakan nama penuh, alamat tempat bertugas dan emel)

Sekian, wassalam.

AHMAD SABRI BIN ZAKARIA
Penolong Setiausaha Agung
Merangkap Pengerusi Multimedia
KEPTAN Semenanjung Malaysia
D/A Bahagian Perolehan dan Pengurusan Aset
Kementerian Pendidikan Malaysia
Aras 5, Blok E2, Kompleks E
Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan
62604 PUTRAJAYA
Tel: 03-88849259
Emel: sabri.keptan@gmail.com

Alamat Ibu Pejabat:
KESATUAN PEMBANTU TADBIR (PENDIDIKAN) SEMENANJUNG MALAYSIA
No. 21-4-2, Jalan 3/50, Blok 2, Diamond Square
53300 KUALA LUMPUR
Emel: keptanpusat@gmail.com
Tel: 03-40227031        Faks: 03-40227032

25 Feb 2018

SEJARAH PENUBUHAN KEPTAN


SEJARAH PENUBUHAN KEPTAN

Sebelum wujudnya 'KEPTAN' (Kesatuan Pembantu Tadbir dan Pembantu Tadbir Rendah (Pendidikan) Semenanjung Malaysia), Pembantu Tadbir (Pendidikan) dahulunya digelar Kerani Sekolah kemudian Pegawai Kerani. Kesatuan Pegawai Kerani Pendidikan telah pun ditubuhkan pada tahun 60an. Dan banyak perkara yang telah diperolehi oleh Kerani Sekolah. Di antaranya meletakkan jawatan Kerani Sekolah yang di bawah lantikan Lembaga Pengurus Sekolah kepada lantikan Suruhanjaya Perkhidmatan Pendidikan (lantikan tetap), mewujudkan jawatan Kerani Kanan (sekarang Pembantu Tadbir N7), meminta adakan 'Close Service' untuk kakitangan sokongan Kementerian Pendidikan agar penghijrahan Kerani Kanan dari Jabatan Perkhidmatan Awam ke agensi Kementerian Pendidikan disekat.

Malangnya Kesatuan ini telah dibatalkan dalam tahun 80an kerana tidak melaksanakan peraturan-peraturan kesatuan sekerja. Perkara ini tidak dapat dielakkan kerana di masa itu yuran bulanan ahli tidak dibuat melalui potongan Perkhidmatan Biro Angkasa tetapi hanya dengan kutipan dibuat oleh Bendahari Agung atau wakil negeri sahaja. Pada 4 Ogos 1991 beberapa Pembantu Tadbir dari Selangor, Wilayah Persekutuan, Johor, Perak, Negeri Sembilan, dan Pulau Pinang telah bermuafakat untuk menubuhkan semula Kesatuan ini yang mana mesyuarat penubuhan diadakan di Jabatan Pendidikan Selangor, Shah Alam dan dirasmikan oleh Pengarah Pendidikan Selangor, Tuan Hj. Jumali bin Kasan. Ahli Jawatankuasa penaja adalah terdiri dari Pembantu Tadbir Sukarela, mahu mengorbankan masa, tenaga mahupun wang ringgit.

Pada 15 November 1992 mesyuarat agung penubuhan telah diadakan di Jabatan Pendidikan Wilayah Persekutuan, Kuala Lumpur yang dirasmikan oleh Ybhg. Tuan Hj. Shamsudin bin Dahlan, Timbalan Ketua Setiausaha II, Kementerian Pendidikan Malaysia. Penubuhan semula ini adalah di atas kesedaran dan keinsafan yang dialami Pembantu Tadbir (Pendidikan) yang menghadapi beban kerja yang bertambah dari masa ke semasa terutamanya yang bertugas di sekolah di samping kebajikan Pembantu Tadbir tiada pembelaan. Setelah Ahli Jawatankuasa Penaja ditubuhkan, sampai masanya untuk melaksanakan pendaftaran dengan Pengarah Pendafataran Kesatuan Sekerja. KEPTAN mendapat tentangan dari beberapa pihak terutamanya Kesatuan AUEGCAS yang mana Presidennya adalah Presiden CUEPACS, Saudara A.H.Ponniah. Beliau membuat beberapa bantahan agar KEPTAN tidak ditubuhkan. Nasib KEPTAN sungguh baik kerana kelulusan telah diberi oleh Pendaftar Kesatuan Sekerja pada 2 Mei 1995 tetapi dengan syarat 'Sekiranya KEPTAN terbatal sekali lagi, pihak Pendaftar Kesatuan Sekerja tidak akan membenarkan Pembantu Tadbir (Pendidikan) menubuhkan kesatuan lagi.

Pihak Kementerian Pendidikan Malaysia pula mengeluarkan satu surat pekeliling kepada semua Bahagian di Kementerian Pendidikan Pendidikan Malaysia dan semua Pengarah Pendidikan Negeri - KP (PP)0089/61/1/Jilid. 2(18) bertarikh 11 Julai 1995. Semua Ahli Jawatankuasa Penaja mengorak langkah menjelajah Semenanjung Malaysia dengan perbelanjaan sendiri membantu wakil negeri menubuhkan cawangan mengikut Pejabat Pendidikan Daerah, Jabatan Pendidikan Negeri dan Bahagian di Kementerian Pendidikan Malaysia yang difikirkan wajar. Mesyuarat Agung Tahunan Pertama diadakan pada 27 dan 28 September 1996 bertempat di Kem Kijang, Kota Bharu, Kelantan dan dirasmikan oleh Ybhg. Tuan Malik bin Hamzah. Setiausaha Bahagian Pembangunan Organisasi dan Perkhidmatan, Kementerian Pendidikan Malaysia dan pemilihan Ahli Jawatankuasa EXCO bagi tempoh 1996/1998 telah diadakan.

Kini KEPTAN dipanggil KESATUAN PEMBANTU TADBIR (PENDIDIKAN) SEMENANJUNG MALAYSIA mempunyai hampir 13 ribu ahli di seluruh Semenanjung Malaysia yang terdiri dari 80 cawangan melibatkan naungan di bawah seliaan JPN, PPD dan KPM.

KEPTAN adalah Kesatuan yang bergabung dalam CUEPACS dan merupakan Kesatuan yang ke-4 paling ramai ahli dalam CUEPACS (Lebih 120 kesatuan bergabung)-rujuk rekod sehingga 2016. Seramai 50 perwakilan KEPTAN akan menghadiri Konvensyen Tritahunan CUEPACS bagi memilih Pegawai Tertinggi CUEPACS dan Ahli Majlis Tertinggi CUEPACS Kebangsaan. Wakil KEPTAN juga pernah dipilih sebagai Naib Presiden Gred Pentadbiran, Sokongan & Sosial (Gred N & S) dan Penolong Setiausaha Bahagian Wanita CUEPACS serta Ahli Jawatankuasa CUEPACS Negeri yang terlibat secara langsung dalam mesyuarat/perbincangan/bengkel/menggubal kertas cadangan dan aktiviti/program kebajikan penjawat awam bersama kesatuan-kesatuan gabungan dalam CUEPACS.