TEMERLOH 26/07/2018 - KEPTAN Cawangan Temerloh telah mengadakan Ziarah
Cakna ahli KEPTAN cawangan ini iaitu Pn. Siti Kamariah binti Sh Othman, Pembantu Tadbir (P/O) SMK Seri Tualang.
KEPTAN difahamkan bahawa beliau disyaki menghidap kanser wanita dan telah menjalani pembedahan pertama bagi mendapatkan sampel. Sedikit sumbangan serta hamper yang disumbangkan oleh
ahli-ahli KEPTAN Cawangan disampaikan oleh Pengerusi KEPTAN Cawangan,
En. Mohd Badrul bin Abdul Manaf kepada beliau.
Pn. Saleha bertudung hitam tiga dari kanan. |
KEPTAN Cawangan Temerloh mendoakan agar Pn. Siti Kamariah
segera sembuh dan diberikan kekuatan semangat.
KEPTAN Cawangan Temerloh juga mengucapkan ribuan terima kasih kepada
semua ahli-ahli yang telah menyumbang bagi membantu sahabat-sahabat kita
yang ditimpa musibah. Semoga Allah membalas kebaikan kita semua kelak.
No comments:
Post a Comment