TEMERLOH 30/06/2018 - Kemeriahan Sambutan Aidilfitri masih dirasai dan diteruskan oleh umat Islam. Tidak ketinggalan warga pendidikan Daerah Temerloh yang turut bersama meraikan sambutan hari raya peringkat daerah yang menghimpunkan semua warga pendidik serta staff-staff di bawah Pejabat Pendidikan Daerah Temerloh.
Majlis yang diadakan pada hari Sabtu 30/06/2018 ini bermula pada jam 9.00 pagi dengan persiapan makanan disediakan secara gerai mengikut persatuan yang bernaung dibawah PPD Temerloh. Selain dari itu, pelbagai agensi swasta juga turut terlibat dalam majlis ini juga turut menyumbangkan sumbangan hamper dan hadiah.
Keptan Cawangan Temerloh juga turut bersama dalam kemeriahan ini. Hubungan yang sedia terjalin antara Keptan dan PPD, turut melancarkan lagi majlis. Keptan Temerloh merupakan salah satu kesatuan yang setiap tahun terlibat dalam majlis sambutan hari raya ini.
No comments:
Post a Comment