HEBAHAN

SEMUA KETUA PEMBANTU TADBIR & PEMBANTU TADBIR LANTIKAN SURUHANJAYA PERKHIDMATAN PENDIDIKAN (SPP) DIALU-ALUKAN MENJADI AHLI KEPTAN. DAFTAR SEKARANG! SILA HUBUNGI PENGERUSI CAWANGAN ATAU SETIAUSAHA CAWANGAN BAGI MENDAPATKAN PENERANGAN BERKAITAN KEPTAN DAN MENDAFTAR. *** KEPTAN CAWANGAN SEDANG MENGEMASKINI MAKLUMAT TERKINI AHLI CAWANGAN. SEGALA KESULITAN AMAT DIKESALI. *** SEMUA AHLI KEPTAN CAWANGAN TEMERLOH DIPOHON MENGISI "BORANG KEMASKINI MAKLUMAT AHLI" YANG BOLEH DIAKSES DI DASHBOARD BLOGSPOT KEPTAN CAWANGAN SEKIRANYA BERLAKU PERUBAHAN TEMPAT BERTUGAS SEMASA ATAU MAKLUMAT PERIBADI SUPAYA MAKLUMAT TUAN/PUAN DAPAT DIKEMASKINI DARI SEMASA KE SEMASA

20 Jul 2022

MESYUARAT AGUNG TIGA TAHUNAN KEPTAN CAWANGAN TEMERLOH KALI KE-23 TAHUN 2022


Alhamdulillah, selesai sudah Mesyuarat Agung Tiga Tahunan Keptan Cawangan Temerloh Kali Ke-23 Tahun 2022.

Mesyuarat yang diadakan pada 30 Mei 2022 (Isnin) bertempat di Dewan Cendekia, PPD Temerloh ini telah dihadiri oleh seramai 107 orang yang telah berlangsung dengan lancar.  Setelah hampir dua tahun mesyuarat tidak boleh diadakan secara bersemuka, akhirnya pada tahun ini Keptan Cawangan Temerloh telah berjaya mengadakan MAT secara bersemuka.  Sudah pasti terpancar riak gembira seluruh ahli apabila dapat bertemu rakan-rakan sejawat dalam mesyuarat kali ini.

Pada tahun ini yang merupakan tahun pemilihan telah menonjolkan bakat-bakat baru dalam kepimpinan sekaligus menunjukkan bahawa Keptan Cawangan Temerloh akan terus gagah menjulang agenda kesatuan.

Tahun ini adalah tahun pertama seluruh cawangan Keptan mengadakan Mesyuarat Agung secara Tiga Tahunan selepas kebenaran diperoleh dari Pusat dan Jabatan Hal Ehwal Kesatuan Sekerja (JHEKS).  Bermula tahun ini, pimpinan yang dipilih akan berkhidmat bagi tempoh penggal selama 3 tahun sebelum Mesyuarat Agung diadakan.  Tiada lagi mesyuarat tahunan.

Terima kasih kepada semua ahli yang telah memberikan solidariti telah menjalankan tanggungjawab yang diperuntukkan dalam perlembagaan kesatuan.

Terima kasih jua kepada pimpinan jawatankuasa bagi penggal 2020-2022 atas segala usaha yang telah dicurahkan kepada kesatuan ini.

Diharapkan juga kepada jawatankuasa yang baru dipilih bagi sesi 2022-2025 akan terus bergerak lebih maju kehadapan dengan idea-idea dan pelaksanaan yang lebih cekap dan tuntas.

Sekalung terima kasih diucapkan kepada Pejabat Pendidikan Daerah Temerloh yang telah sudi memberi kebenaran menggunakan tempat bagi mengadakan mesyuarat pada tahun ini.
























































































No comments:

Post a Comment