HEBAHAN

SEMUA KETUA PEMBANTU TADBIR & PEMBANTU TADBIR LANTIKAN SURUHANJAYA PERKHIDMATAN PENDIDIKAN (SPP) DIALU-ALUKAN MENJADI AHLI KEPTAN. DAFTAR SEKARANG! SILA HUBUNGI PENGERUSI CAWANGAN ATAU SETIAUSAHA CAWANGAN BAGI MENDAPATKAN PENERANGAN BERKAITAN KEPTAN DAN MENDAFTAR. *** KEPTAN CAWANGAN SEDANG MENGEMASKINI MAKLUMAT TERKINI AHLI CAWANGAN. SEGALA KESULITAN AMAT DIKESALI. *** SEMUA AHLI KEPTAN CAWANGAN TEMERLOH DIPOHON MENGISI "BORANG KEMASKINI MAKLUMAT AHLI" YANG BOLEH DIAKSES DI DASHBOARD BLOGSPOT KEPTAN CAWANGAN SEKIRANYA BERLAKU PERUBAHAN TEMPAT BERTUGAS SEMASA ATAU MAKLUMAT PERIBADI SUPAYA MAKLUMAT TUAN/PUAN DAPAT DIKEMASKINI DARI SEMASA KE SEMASA

18 Jul 2019

MESYUARAT AGUNG TAHUNAN KALI KE-20 TAHUN 2019


MESYUARAT AGUNG TAHUNAN (MAT) KEPTAN CAWANGAN TEMERLOH KALI KE-20 TAHUN 2019

Tarikh: 26/06/2019 (Rabu)
Masa: 8.00 pagi - 5.00 petang
Tempat: Dewan Warisan, SMK Abu Bakar


Alhamdulillah.

Selesai sudah Mesyuarat Agung Tahunan KEPTAN Temerloh Kali Ke-20 & Jamuan Hari Raya Aidilfitri Tahun 2019.

Terima kasih diucapkan kepada semua yang telah terlibat dalam menjayakan Mesyuarat Agung Tahunan ini terutama ahli KEPTAN Temerloh yang berjaya hadir dan mencukupkan kuorum mesyuarat.  Sesungguhnya mesyuarat agung adalah platform untuk semua melontarkan pandangan dan idea untuk memantapkan lagi kesatuan kita. Juga terima kasih banyak-banyak kepada tuan rumah, SMK Abu Bakar yang sudi menyediakan dan membenarkan penggunaan tempat untuk bermesyuarat.

Melalui platform ini, semua ahli Pembantu Tadbir dapat berhimpun dan berkenal-kenalan antara satu dengan yang lain. Satu perkara yang tidak boleh dinafikan, perkongsian urusan kerja juga dapat dikongsi.

Semoga dengan pengumuman YBM berkaitan Hari Pembantu Tadbir KPM, akan menjadi satu lagi wadah untuk Pembantu Tadbir berhimpun dan mendeklarasikan isu-isu berkaitan skim Pembantu Tadbir khususnya dibawah lantikan SPP.

Ucapan jutaan terima kasih juga kepada para penyumbang hadiah cabutan bertuah & makanan jamuan hari raya.

Jumpa lagi MAT tahun hadapan!

Nota: Sila lihat Album MAT Keptan Temerloh 2019 untuk lebih banyak gambar.


No comments:

Post a Comment