HEBAHAN

SEMUA KETUA PEMBANTU TADBIR & PEMBANTU TADBIR LANTIKAN SURUHANJAYA PERKHIDMATAN PENDIDIKAN (SPP) DIALU-ALUKAN MENJADI AHLI KEPTAN. DAFTAR SEKARANG! SILA HUBUNGI PENGERUSI CAWANGAN ATAU SETIAUSAHA CAWANGAN BAGI MENDAPATKAN PENERANGAN BERKAITAN KEPTAN DAN MENDAFTAR. *** KEPTAN CAWANGAN SEDANG MENGEMASKINI MAKLUMAT TERKINI AHLI CAWANGAN. SEGALA KESULITAN AMAT DIKESALI. *** SEMUA AHLI KEPTAN CAWANGAN TEMERLOH DIPOHON MENGISI "BORANG KEMASKINI MAKLUMAT AHLI" YANG BOLEH DIAKSES DI DASHBOARD BLOGSPOT KEPTAN CAWANGAN SEKIRANYA BERLAKU PERUBAHAN TEMPAT BERTUGAS SEMASA ATAU MAKLUMAT PERIBADI SUPAYA MAKLUMAT TUAN/PUAN DAPAT DIKEMASKINI DARI SEMASA KE SEMASA

18 Jul 2019

MESYUARAT AGUNG TAHUNAN KALI KE-20 TAHUN 2019


MESYUARAT AGUNG TAHUNAN (MAT) KEPTAN CAWANGAN TEMERLOH KALI KE-20 TAHUN 2019

Tarikh: 26/06/2019 (Rabu)
Masa: 8.00 pagi - 5.00 petang
Tempat: Dewan Warisan, SMK Abu Bakar


Alhamdulillah.

Selesai sudah Mesyuarat Agung Tahunan KEPTAN Temerloh Kali Ke-20 & Jamuan Hari Raya Aidilfitri Tahun 2019.

Terima kasih diucapkan kepada semua yang telah terlibat dalam menjayakan Mesyuarat Agung Tahunan ini terutama ahli KEPTAN Temerloh yang berjaya hadir dan mencukupkan kuorum mesyuarat.  Sesungguhnya mesyuarat agung adalah platform untuk semua melontarkan pandangan dan idea untuk memantapkan lagi kesatuan kita. Juga terima kasih banyak-banyak kepada tuan rumah, SMK Abu Bakar yang sudi menyediakan dan membenarkan penggunaan tempat untuk bermesyuarat.

Melalui platform ini, semua ahli Pembantu Tadbir dapat berhimpun dan berkenal-kenalan antara satu dengan yang lain. Satu perkara yang tidak boleh dinafikan, perkongsian urusan kerja juga dapat dikongsi.

Semoga dengan pengumuman YBM berkaitan Hari Pembantu Tadbir KPM, akan menjadi satu lagi wadah untuk Pembantu Tadbir berhimpun dan mendeklarasikan isu-isu berkaitan skim Pembantu Tadbir khususnya dibawah lantikan SPP.

Ucapan jutaan terima kasih juga kepada para penyumbang hadiah cabutan bertuah & makanan jamuan hari raya.

Jumpa lagi MAT tahun hadapan!

Nota: Sila lihat Album MAT Keptan Temerloh 2019 untuk lebih banyak gambar.


17 Jul 2019

KURSUS PENGURUSAN STOR TAHUN 2019


KURSUS PENGURUSAN STOR 2019

Anjuran Keptan Cawangan Temerloh bersama INTAN Wilayah Timur.

Tarikh: 20 Jun 2019
Masa: 8.00 pagi - 5.00 petang

Tempat: SJK (C) Khee Chee, Temerloh

 
Penceramah: Puan Norliza binti Isa (Perunding Latihan INTAN Wilayah Timur)

Pihak Keptan Cawangan Temerloh mengucapkan syabas dan terima kasih  kepada semua Wakil Sekolah yang menguruskan Stor yang telah hadir menimba ilmu. Rata-rata peserta sangat berpuas hati dengan penerangan dari penceramah.

Sekalung penghargaan juga kepada Puan Norliza binti Isa dan pihak INTAN Wilayah Timur yang sudi hadir dan berkongsi ilmu dengan kami.

Semoga pada masa akan datang, pelbagai lagi kursus dapat dianjurkan oleh Keptan Cawangan Temerloh sebagai memenuhi keperluan tugas semasa.



Gambar-gambar semasa kursus:

































MESYUARAT JK & BIRO KALI KE-2 TAHUN 2019


Mesyuarat Jawatankuasa & Biro Keptan Cawangan Temerloh Kali Ke-2 Tahun 2019 (penyelarasan sempena Mesyuarat Agung Tahunan)

Tarikh: 14 Jun 2019 (Jumaat)
Masa: 3.00 petang
Tempat: Bilik Gerakan, SK Tanjung Lalang

Terima kasih diucapkan kepada semua AJK dan Biro yang hadir ke mesyuarat ini.

Terima kasih kepada tuan rumah yang sudi meminjamkan tempat dan menyediakan jamuan makan.

#CC Norizan Bahari
#SK Tanjong Lalang Temerloh