HEBAHAN

SEMUA KETUA PEMBANTU TADBIR & PEMBANTU TADBIR LANTIKAN SURUHANJAYA PERKHIDMATAN PENDIDIKAN (SPP) DIALU-ALUKAN MENJADI AHLI KEPTAN. DAFTAR SEKARANG! SILA HUBUNGI PENGERUSI CAWANGAN ATAU SETIAUSAHA CAWANGAN BAGI MENDAPATKAN PENERANGAN BERKAITAN KEPTAN DAN MENDAFTAR. *** KEPTAN CAWANGAN SEDANG MENGEMASKINI MAKLUMAT TERKINI AHLI CAWANGAN. SEGALA KESULITAN AMAT DIKESALI. *** SEMUA AHLI KEPTAN CAWANGAN TEMERLOH DIPOHON MENGISI "BORANG KEMASKINI MAKLUMAT AHLI" YANG BOLEH DIAKSES DI DASHBOARD BLOGSPOT KEPTAN CAWANGAN SEKIRANYA BERLAKU PERUBAHAN TEMPAT BERTUGAS SEMASA ATAU MAKLUMAT PERIBADI SUPAYA MAKLUMAT TUAN/PUAN DAPAT DIKEMASKINI DARI SEMASA KE SEMASA

12 Jun 2019

NOTIS MESYUARAT AGUNG TAHUNAN KALI KE-20


Sukacita dimaklumkan bahawa Setiausaha Cawangan (SUC) Keptan Temerloh telah mengedarkan Notis Mesyuarat Agung Tahunan Kali Ke-20 Tahun 2019 kepada semua ahli Keptan Cawangan Temerloh.

Sehubungan dengan itu, dipohon kepada semua ahli agar mengambil maklum berkaitan perkara ini dan mengembalikan Borang Pencalonan Perwakilan Cawangan Ke Persidangan Tahunan Keptan Semenanjung Malaysia Kali Ke-24 untuk tindakan lanjut SUC.

Selain itu, sekiranya tuan/puan mempunyai usul untuk dibawa ke Mesyuarat Agung Tahunan, tuan/puan bolehlah mengembalikan Borang Usul bersama-sama Borang Pencalonan Perwakilan tersebut.

Borang-borang yang telah dilengkapkan, hendaklah dihantar kepada alamat seperti dibawah:

Setiausaha
Kesatuan Pembantu Tadbir (Pendidikan) Semenanjung Malaysia
Cawangan Temerloh
d/a SK Kuala Kaung
28500 LANCHANG
Pahang Darul Makmur
(u.p.: Puan Dahlyia binti Duhim)

Softcopy borang-borang tersebut juga boleh didapati melalui pautan dibawah ini:

Kerjasama dan perhatian tuan/puan terhadap perkara ini amat dihargai.



 

No comments:

Post a Comment