HEBAHAN

SEMUA KETUA PEMBANTU TADBIR & PEMBANTU TADBIR LANTIKAN SURUHANJAYA PERKHIDMATAN PENDIDIKAN (SPP) DIALU-ALUKAN MENJADI AHLI KEPTAN. DAFTAR SEKARANG! SILA HUBUNGI PENGERUSI CAWANGAN ATAU SETIAUSAHA CAWANGAN BAGI MENDAPATKAN PENERANGAN BERKAITAN KEPTAN DAN MENDAFTAR. *** KEPTAN CAWANGAN SEDANG MENGEMASKINI MAKLUMAT TERKINI AHLI CAWANGAN. SEGALA KESULITAN AMAT DIKESALI. *** SEMUA AHLI KEPTAN CAWANGAN TEMERLOH DIPOHON MENGISI "BORANG KEMASKINI MAKLUMAT AHLI" YANG BOLEH DIAKSES DI DASHBOARD BLOGSPOT KEPTAN CAWANGAN SEKIRANYA BERLAKU PERUBAHAN TEMPAT BERTUGAS SEMASA ATAU MAKLUMAT PERIBADI SUPAYA MAKLUMAT TUAN/PUAN DAPAT DIKEMASKINI DARI SEMASA KE SEMASA

12 Jun 2019

NOTIS MESYUARAT AGUNG TAHUNAN KALI KE-20


Sukacita dimaklumkan bahawa Setiausaha Cawangan (SUC) Keptan Temerloh telah mengedarkan Notis Mesyuarat Agung Tahunan Kali Ke-20 Tahun 2019 kepada semua ahli Keptan Cawangan Temerloh.

Sehubungan dengan itu, dipohon kepada semua ahli agar mengambil maklum berkaitan perkara ini dan mengembalikan Borang Pencalonan Perwakilan Cawangan Ke Persidangan Tahunan Keptan Semenanjung Malaysia Kali Ke-24 untuk tindakan lanjut SUC.

Selain itu, sekiranya tuan/puan mempunyai usul untuk dibawa ke Mesyuarat Agung Tahunan, tuan/puan bolehlah mengembalikan Borang Usul bersama-sama Borang Pencalonan Perwakilan tersebut.

Borang-borang yang telah dilengkapkan, hendaklah dihantar kepada alamat seperti dibawah:

Setiausaha
Kesatuan Pembantu Tadbir (Pendidikan) Semenanjung Malaysia
Cawangan Temerloh
d/a SK Kuala Kaung
28500 LANCHANG
Pahang Darul Makmur
(u.p.: Puan Dahlyia binti Duhim)

Softcopy borang-borang tersebut juga boleh didapati melalui pautan dibawah ini:

Kerjasama dan perhatian tuan/puan terhadap perkara ini amat dihargai.



 

3 Jun 2019

SELAMAT MENYAMBUT HARI RAYA AIDILFITRI 1440H / 2019M



Sempena Bulan Syawal yang menjelma, Keptan Cawangan Temerloh dengan rendah hati dan tulus ikhlas ingin mengucapkan Selamat Menyambut Hari Raya Aidilfitri 1440h bersamaan 2019m kepada semua umat Islam diseluruh pelusuk dunia dan Malaysia khususnya kepada Ahli Keptan Cawangan Temerloh.

Diharapkan tahun ini segala amalan kita diterima oleh Allah dan diampuni olehNya.

Marilah kita bermaaf-maafan di bulan yang mulia ini. Moga-moga silaturrahim antara kita semakin kukuh hendaknya.

Insyaallah.

Tulus ikhlas dari,
Jawatankuasa Keptan Cawangan Temerloh sesi 2018/2020


 Video Sempena Hari Raya