HEBAHAN

SEMUA KETUA PEMBANTU TADBIR & PEMBANTU TADBIR LANTIKAN SURUHANJAYA PERKHIDMATAN PENDIDIKAN (SPP) DIALU-ALUKAN MENJADI AHLI KEPTAN. DAFTAR SEKARANG! SILA HUBUNGI PENGERUSI CAWANGAN ATAU SETIAUSAHA CAWANGAN BAGI MENDAPATKAN PENERANGAN BERKAITAN KEPTAN DAN MENDAFTAR. *** KEPTAN CAWANGAN SEDANG MENGEMASKINI MAKLUMAT TERKINI AHLI CAWANGAN. SEGALA KESULITAN AMAT DIKESALI. *** SEMUA AHLI KEPTAN CAWANGAN TEMERLOH DIPOHON MENGISI "BORANG KEMASKINI MAKLUMAT AHLI" YANG BOLEH DIAKSES DI DASHBOARD BLOGSPOT KEPTAN CAWANGAN SEKIRANYA BERLAKU PERUBAHAN TEMPAT BERTUGAS SEMASA ATAU MAKLUMAT PERIBADI SUPAYA MAKLUMAT TUAN/PUAN DAPAT DIKEMASKINI DARI SEMASA KE SEMASA

17 May 2019

BANTUAN KHAS AIDILFITRI 2019


Bantuan Khas RM450 untuk penjawat awam sempena Aidilfitri

PUTRAJAYA: Kerajaan memberi Bantuan Khas Kewangan sebanyak RM450 kepada hampir 1.5 juta penjawat awam dari Gred 56 dan ke bawah sebagai persediaan untuk menyambut Aidilfitri.
 
Pejabat Perdana Menteri memaklumkan seramai 800,000 pesara kerajaan akan turut menikmati bantuan khas berjumlah RM225 sebagai menghargai jasa perkhidmatan golongan itu.

“Pembayaran bagi bantuan khas ini akan dibuat pada 24 Mei ini,” katanya dalam kenyataan, hari ini.

Pejabat Perdana Menteri berkata, bayaran Bantuan Khas Kewangan kepada penjawat awam dan pesara kerajaan itu membabitkan anggaran peruntukan kewangan sebanyak RM855 juta.

Pagi tadi, Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad, berkata kerajaan akan memberi bonus kepada penjawat awam dan pesara sempena sambutan Aidilfitri tidak lama lagi.

Minggu lalu, Kongres Kesatuan Pekerja Dalam Perkhidmatan Awam (CUEPACS) berharap kerajaan memberi bonus Aidilfitri kepada penjawat awam dan pesara, selain sudah menghantar surat kepada Perdana Menteri dan Menteri Kewangan, Lim Guan Eng berhubung isu itu.

Pautan berita : https://www.bharian.com.my/berita/nasional/2019/05/564683/bantuan-khas-rm450-untuk-penjawat-awam-sempena-aidilfitri


No comments:

Post a Comment