HEBAHAN

SEMUA KETUA PEMBANTU TADBIR & PEMBANTU TADBIR LANTIKAN SURUHANJAYA PERKHIDMATAN PENDIDIKAN (SPP) DIALU-ALUKAN MENJADI AHLI KEPTAN. DAFTAR SEKARANG! SILA HUBUNGI PENGERUSI CAWANGAN ATAU SETIAUSAHA CAWANGAN BAGI MENDAPATKAN PENERANGAN BERKAITAN KEPTAN DAN MENDAFTAR. *** KEPTAN CAWANGAN SEDANG MENGEMASKINI MAKLUMAT TERKINI AHLI CAWANGAN. SEGALA KESULITAN AMAT DIKESALI. *** SEMUA AHLI KEPTAN CAWANGAN TEMERLOH DIPOHON MENGISI "BORANG KEMASKINI MAKLUMAT AHLI" YANG BOLEH DIAKSES DI DASHBOARD BLOGSPOT KEPTAN CAWANGAN SEKIRANYA BERLAKU PERUBAHAN TEMPAT BERTUGAS SEMASA ATAU MAKLUMAT PERIBADI SUPAYA MAKLUMAT TUAN/PUAN DAPAT DIKEMASKINI DARI SEMASA KE SEMASA

23 Apr 2019

JEMPUTAN KE MAJLIS SAMBUTAN HARI GURU PERINGKAT NEGERI PAHANG 2019


Assalamualaikum dan selamat sejahtera,


Kepada : Semua Ahli KEPTAN Cawangan Temerloh.

Tuan/Puan,

JEMPUTAN KE MAJLIS SAMBUTAN HARI GURU PERINGKAT NEGERI PAHANG TAHUN 2019

Dengan segala hormatnya perkara di atas dirujuk.

2.       Sukacita dimaklumkan bahawa pada tahun ini, Pejabat Pendidikan Daerah Temerloh (PPDT) telah dipertanggungjawabkan sebagai tuan rumah Majlis Sambutan Hari Guru Peringkat Negeri Pahang.  KEPTAN Cawangan Temerloh juga telah dijemput untuk terlibat dalam meraikan dan memeriahkan lagi majlis sambutan ini.

3.       Sehubungan dengan itu, pihak KEPTAN Cawangan Temerloh berbesar hati ingin menjemput tuan/puan untuk hadir ke majlis sambutan ini mengikut ketetapan seperti yang berikut:

          Tarikh:         27 April 2019 (Sabtu)
          Masa:          9.30 pagi
          Tempat:       Dewan SJK (C) Khee Chee, Temerloh
          Perasmi:      YB. Dr. Maszlee bin Malik (Menteri Pendidikan Malaysia)
          Pakaian:      Lelaki – Batik Lengan Panjang
                              Perempuan – Baju Kurung Batik

4.       Untuk makluman, semua Anggota Kumpulan Pelaksana (AKP) hanya terlibat dengan acara melihat pameran,  jamuan dan cabutan bertuah sahaja dan tidak terlibat dengan acara dalam dewan.  Oleh yang demikian, ahli diminta mendaftar di kaunter pendaftaran cabutan bertuah bermula jam 9.30 pagi untuk mendapatkan nombor untuk cabutan bertuah.

Kerjasama dan perhatian tuan/puan terhadap perkara ini amat dihargai.

Sekian, terima kasih.

Saya yang menjalankan amanah,

(MOHD BADRUL BIN ABDUL MANAF)
Pengerusi
KEPTAN Cawangan Temerloh
28000 Temerloh, Pahang


Surat Jemputan ↓:


Surat Jemputan (untuk cetakan) ⇒: Klik disini untuk cetakan format PDF.



No comments:

Post a Comment