HEBAHAN

SEMUA KETUA PEMBANTU TADBIR & PEMBANTU TADBIR LANTIKAN SURUHANJAYA PERKHIDMATAN PENDIDIKAN (SPP) DIALU-ALUKAN MENJADI AHLI KEPTAN. DAFTAR SEKARANG! SILA HUBUNGI PENGERUSI CAWANGAN ATAU SETIAUSAHA CAWANGAN BAGI MENDAPATKAN PENERANGAN BERKAITAN KEPTAN DAN MENDAFTAR. *** KEPTAN CAWANGAN SEDANG MENGEMASKINI MAKLUMAT TERKINI AHLI CAWANGAN. SEGALA KESULITAN AMAT DIKESALI. *** SEMUA AHLI KEPTAN CAWANGAN TEMERLOH DIPOHON MENGISI "BORANG KEMASKINI MAKLUMAT AHLI" YANG BOLEH DIAKSES DI DASHBOARD BLOGSPOT KEPTAN CAWANGAN SEKIRANYA BERLAKU PERUBAHAN TEMPAT BERTUGAS SEMASA ATAU MAKLUMAT PERIBADI SUPAYA MAKLUMAT TUAN/PUAN DAPAT DIKEMASKINI DARI SEMASA KE SEMASA

16 Oct 2018

ZIARAH CAKNA 4.0 ( 2018 )



Assalamualaikum dan selamat sejahtera.

Pada 12/10/2018 (Jumaat) jam 5.00 petang, wakil dari KEPTAN Cawangan Temerloh yang terdiri dari En. Mohd Badrul bin Abdul Manaf (Pengerusi Cawangan), En. Mohd. Kasim bin Abu Samah (Timbalan Pengerusi Cawangan), En. Abdul Wali bin Norizan (PSU Cawangan) dan En. Mohamad Sabri bin Hj. Yusof (AJK Cawangan) telah menziarahi sahabat kita iaitu En. Mohamed Isa bin Ariffin (Pembantu Tadbir SJKT Ladang Edensor) yang telah menghidapi Stroke.

Sumbangan dari ahli-ahli KEPTAN dan KEPTAN sendiri telah pun disampaikan kepada anak beliau yang pada ketika itu sedang menemani ayahnya.

En. Mohamed Isa bin Ariffin kini berada dalam keadaan stabil dan telah dipindahkan dari Wad ICU 2 ke Wad Harian biasa di Wad Kenanga 12, Aras 7.  Beliau telah mula sedar dan ada ketikanya membuka mata ketika menyedari kehadiran rakan-rakan yang hadir.

Ketika ziarah tersebut, KEPTAN dimaklumkan oleh anaknya bahawa En. Mohamed Isa bin Ariffin sedang mengalami demam dan sedang tidur berehat.

KEPTAN Temerloh mendoakan agar En. Mohamed Isa bin Ariffin segera sembuh dan dapat menjalani kehidupan seperti biasa.  KEPTAN Temerloh juga sangat berterima kasih kepada semua ahli-ahli KEPTAN mahupun individu bukan ahli yang telah menyumbang sumbangan untuk diserahkan kepada waris En. Mohamed Isa bin Ariffin.

Inilah ertinya "KESATUAN".  Bermaksud ahli-ahli bersatu dan sentiasa saling tolong menolong antara satu sama lain.

Semoga Allah membalas dengan kebaikan dan dilapangkan rezeki kepada semua penyumbang yang telah menyumbang.

Jazakumullah khairan kathira.


No comments:

Post a Comment