HEBAHAN

SEMUA KETUA PEMBANTU TADBIR & PEMBANTU TADBIR LANTIKAN SURUHANJAYA PERKHIDMATAN PENDIDIKAN (SPP) DIALU-ALUKAN MENJADI AHLI KEPTAN. DAFTAR SEKARANG! SILA HUBUNGI PENGERUSI CAWANGAN ATAU SETIAUSAHA CAWANGAN BAGI MENDAPATKAN PENERANGAN BERKAITAN KEPTAN DAN MENDAFTAR. *** KEPTAN CAWANGAN SEDANG MENGEMASKINI MAKLUMAT TERKINI AHLI CAWANGAN. SEGALA KESULITAN AMAT DIKESALI. *** SEMUA AHLI KEPTAN CAWANGAN TEMERLOH DIPOHON MENGISI "BORANG KEMASKINI MAKLUMAT AHLI" YANG BOLEH DIAKSES DI DASHBOARD BLOGSPOT KEPTAN CAWANGAN SEKIRANYA BERLAKU PERUBAHAN TEMPAT BERTUGAS SEMASA ATAU MAKLUMAT PERIBADI SUPAYA MAKLUMAT TUAN/PUAN DAPAT DIKEMASKINI DARI SEMASA KE SEMASA

16 Oct 2018

ZIARAH CAKNA 4.0 ( 2018 )



Assalamualaikum dan selamat sejahtera.

Pada 12/10/2018 (Jumaat) jam 5.00 petang, wakil dari KEPTAN Cawangan Temerloh yang terdiri dari En. Mohd Badrul bin Abdul Manaf (Pengerusi Cawangan), En. Mohd. Kasim bin Abu Samah (Timbalan Pengerusi Cawangan), En. Abdul Wali bin Norizan (PSU Cawangan) dan En. Mohamad Sabri bin Hj. Yusof (AJK Cawangan) telah menziarahi sahabat kita iaitu En. Mohamed Isa bin Ariffin (Pembantu Tadbir SJKT Ladang Edensor) yang telah menghidapi Stroke.

Sumbangan dari ahli-ahli KEPTAN dan KEPTAN sendiri telah pun disampaikan kepada anak beliau yang pada ketika itu sedang menemani ayahnya.

En. Mohamed Isa bin Ariffin kini berada dalam keadaan stabil dan telah dipindahkan dari Wad ICU 2 ke Wad Harian biasa di Wad Kenanga 12, Aras 7.  Beliau telah mula sedar dan ada ketikanya membuka mata ketika menyedari kehadiran rakan-rakan yang hadir.

Ketika ziarah tersebut, KEPTAN dimaklumkan oleh anaknya bahawa En. Mohamed Isa bin Ariffin sedang mengalami demam dan sedang tidur berehat.

KEPTAN Temerloh mendoakan agar En. Mohamed Isa bin Ariffin segera sembuh dan dapat menjalani kehidupan seperti biasa.  KEPTAN Temerloh juga sangat berterima kasih kepada semua ahli-ahli KEPTAN mahupun individu bukan ahli yang telah menyumbang sumbangan untuk diserahkan kepada waris En. Mohamed Isa bin Ariffin.

Inilah ertinya "KESATUAN".  Bermaksud ahli-ahli bersatu dan sentiasa saling tolong menolong antara satu sama lain.

Semoga Allah membalas dengan kebaikan dan dilapangkan rezeki kepada semua penyumbang yang telah menyumbang.

Jazakumullah khairan kathira.


14 Oct 2018

BENGKEL PEMANTAPAN SISTEM PERAKAUNAN KUMPULAN WANG SEKOLAH SECARA ELEKTRONIK (eSPKWS) BAGI JURULATIH (JU) DAN PEMBANTU TADBIR SIRI 1/2018


BENGKEL PEMANTAPAN SISTEM PERAKAUNAN KUMPULAN WANG SEKOLAH SECARA ELEKTRONIK (eSPKWS) BAGI JURULATIH (JU) DAN PEMBANTU TADBIR SIRI 1/2018

TARIKH: 08 - 09 OKTOBER 2018
MASA: 9.00 PAGI - 5.00 PETANG
TEMPAT: GERBANG MAKNA, PPD TEMERLOH



















PERJUMPAAN ANTARA KEPTAN – KEPTAN CAWANGAN PAHANG.

PERJUMPAAN ANTARA KEPTAN - KEPTAN CAWANGAN PAHANG

Tempat: PPD Maran
Tarikh: 05/10/2018
Hari: Jumaat
Masa: 9.00 pagi - 12.00 tengahari

Antara yang dibincangkan adalah:
-  Pelantikan Badan Perhubungan KEPTAN Negeri Pahang.
-  Perbincangan berkenaan Perwakilan Persidangan KEPTAN Kebangsaan:
   * Pengangkutan
   * Pemilihan
-  Perbincangan mengenai Program-program anjuran KEPTAN Negeri Pahang.
-  Perbincangan isu-isu semasa.

















8 Oct 2018

PROGRAM MEMPERKASAKAN SAHSIAH PEKERJA SESI 2

"PROGRAM MEMPERKASAKAN SAHSIAH PEKERJA SESI 2"

Tarikh: 04/10/2018
Tempat: OUM Temerloh


Slot 1: Budaya Kerja Sihat dan Cemerlang
Penceramah: Ustaz Radziyuddin bin Hj. Sulaiman

Slot 2: Sembang Sihat Teh O Kurang Manis : Urus Stress dan Kesihatan
Panel: Dr. Zuraimay bin Zainuddin (Pengarah OUM Temerloh)
           Dr. Hj. Ahmad Mahyuddin bin Dato' Mohamed (Pakar Orthopedik HOSHAS)
           Ustaz Radziyuddin bin Hj. Sulaiman (Pensyarah OUM Temerloh)

Alhamdulillah program anjuran KEPTAN Cawangan Temerloh yang berkolaborasi dengan OUM Temerloh telah berlangsung dengan lancarnya.

Terima kasih kepada semua penceramah-penceramah yang banyak menyampaikan ilmu baru dan hebat kepada para peserta.

Semoga dapat berkolaborasi lagi pada masa akan datang.


Gambar-gambar sepanjang program: