HEBAHAN

SEMUA KETUA PEMBANTU TADBIR & PEMBANTU TADBIR LANTIKAN SURUHANJAYA PERKHIDMATAN PENDIDIKAN (SPP) DIALU-ALUKAN MENJADI AHLI KEPTAN. DAFTAR SEKARANG! SILA HUBUNGI PENGERUSI CAWANGAN ATAU SETIAUSAHA CAWANGAN BAGI MENDAPATKAN PENERANGAN BERKAITAN KEPTAN DAN MENDAFTAR. *** KEPTAN CAWANGAN SEDANG MENGEMASKINI MAKLUMAT TERKINI AHLI CAWANGAN. SEGALA KESULITAN AMAT DIKESALI. *** SEMUA AHLI KEPTAN CAWANGAN TEMERLOH DIPOHON MENGISI "BORANG KEMASKINI MAKLUMAT AHLI" YANG BOLEH DIAKSES DI DASHBOARD BLOGSPOT KEPTAN CAWANGAN SEKIRANYA BERLAKU PERUBAHAN TEMPAT BERTUGAS SEMASA ATAU MAKLUMAT PERIBADI SUPAYA MAKLUMAT TUAN/PUAN DAPAT DIKEMASKINI DARI SEMASA KE SEMASA

8 Aug 2018

KAJI SELIDIK BIDANG TUGAS PEMBANTU TADBIR DI BAWAH KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA (KPM)

Assalamualaikum semua sahabat KEPTAN Cawangan Temerloh,


Ibu Pejabat Kesatuan Pembantu Tadbir (Pendidikan) Semenanjung Malaysia (KEPTAN) sedang mengumpulkan maklumat berkaitan tugas-tugas Pembantu Tadbir yang berkhidmat di bawah Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) untuk digunakan sebagai pemurniaan hasil Bengkel Laluan Kerjaya Anggota Kumpulan Pelaksana (AKP) - Pembantu Tadbir (Perkeranian/Operasi) dan Pembantu Tadbir (Kewangan) serta Pembantu Operasi yang telah dianjurkan oleh Bahagian Pengurusan Sumber Manusia, KPM. Pembantu Tadbir dari kalangan ahli KEPTAN yang mewakili kategori sekolah-sekolah telah menyertai Bengkel tersebut.   Sehubungan dengan itu, KEPTAN Pusat memohon agar semua Pembantu Tadbir yang melaksanakan tugas di bawah Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) untuk melengkapkan Kaji Selidik ini.   Jika ada tugasan yang baharu atau tugasan yang tidak melibatkan perkeranian juga boleh disenaraikan.
Pihak KEPTAN Cawangan Temerloh agar Kaji Selidik ini dapat dilengkapkan sebelum atau pada 17 Ogos 2018 (Jumaat) bagi tujuan pengumpulan maklumat diperingkat Pusat.
Kaji Selidik ini boleh dilaksanakan/dicapai melalui link seperti yang dibawah:

Kerjasama sahabat-sahabat semua dalam meluang masa mengisi borang kaji selidik ini amat dihargai dan diucapkan jutaan terima kasih.

No comments:

Post a Comment