HEBAHAN

SEMUA KETUA PEMBANTU TADBIR & PEMBANTU TADBIR LANTIKAN SURUHANJAYA PERKHIDMATAN PENDIDIKAN (SPP) DIALU-ALUKAN MENJADI AHLI KEPTAN. DAFTAR SEKARANG! SILA HUBUNGI PENGERUSI CAWANGAN ATAU SETIAUSAHA CAWANGAN BAGI MENDAPATKAN PENERANGAN BERKAITAN KEPTAN DAN MENDAFTAR. *** KEPTAN CAWANGAN SEDANG MENGEMASKINI MAKLUMAT TERKINI AHLI CAWANGAN. SEGALA KESULITAN AMAT DIKESALI. *** SEMUA AHLI KEPTAN CAWANGAN TEMERLOH DIPOHON MENGISI "BORANG KEMASKINI MAKLUMAT AHLI" YANG BOLEH DIAKSES DI DASHBOARD BLOGSPOT KEPTAN CAWANGAN SEKIRANYA BERLAKU PERUBAHAN TEMPAT BERTUGAS SEMASA ATAU MAKLUMAT PERIBADI SUPAYA MAKLUMAT TUAN/PUAN DAPAT DIKEMASKINI DARI SEMASA KE SEMASA

21 Aug 2018

SELAMAT ULANG TAHUN KELAHIRAN AHLI KEPTAN TEMERLOH !

KEPTAN Cawangan Temerloh mengucapkan Selamat Ulang Tahun Kelahiran buat ahli-ahli KEPTAN Cawangan Temerloh yang lahir pada Bulan Ogos 2018.

              1. PN. MAHIRAH BINTI MOHD AYUB (10/08)
                  2. PN. JAIDAA BINTI JAAFAR (26/08)
                      3. PN. NORHASLINA BINTI MOHD (30/08)
                          4. EN. MOHD AZMI BIN MANAN (01/08)
                              5. PN. SAUYAH BINTI MD SOOD (20/08)
                                  6. PN. ALINDA BINTI JOHAN (04/08)
                              7. EN. AZMAN BIN AHMAD (31/08)
                          8. PN. SALBIAH BINTI ISHAK (31/08)
                     9. PN. RAHIMIAH BINTI KAMARUDDIN (21/08)
               10. PN. DAHLIA BINTI ADLI (25/08)
           11. PN. RABAIYAH BINTI MAT YUSOF (16/08)
 

KEPTAN Cawangan Temerloh mendoakan semoga hari-hari di masa yang akan datang selalu membawa harapan baru.

Selamat Ulang Tahun, Semoga Allah Swt memberikan Segala rahmat dan Rezeki untukmu…”

MESYUARAT KALI KE-2 AJK KEPTAN CAWANGAN TEMERLOH

Mesyuarat AJK KEPTAN Cawangan Temerloh Kali Ke-2 Bagi Tahun 2018 telah diadakan pada:

Tarikh: 16/08/2018 (Khamis)
Tempat: Gerbang Makna, PPDT

Ini adalah mesyuarat Kali Kedua bagi AJK manakala Kali Pertama bagi AJK bersama ahli biro yang telah dilantik bagi membantu biro-biro yang telah ditubuhkan.

4 biro telah ditubuhkan bagi melicinkan urusan kesatuan iaitu:

1. Biro Penerangan & Multimedia
- Abdul Wali bin Norizan (K)
- Ahmad Badrul Hisham bin Din

2. Biro Latihan, Sosial & Aduan
- Sarina binti Ab Razak (K)
- Rosmawati binti Mustapha
- Firda Murni binti Rusli

3. Biro Ekonomi & Kebajikan
- Norizan binti Bahari (K)
- Rozana binti Ismail
- Rozilawati binti Abd. Rahman

4. Biro Sukan, Kebudayaan & Rekreasi
- Mohamad Sabri bin Hj. Yusof (K)
- Siti Rohaya binti Harun
- Rozidah binti Jaafar

5. Penolong Bendahari
- Noor Zakeeyah binti Abdul Hamid

Untuk makluman awal ahli, hasil perbincangan mesyuarat tersebut, pihak pimpinan bersetuju untuk mengadakan satu kursus yang akan diadakan pada:

Tarikh: 05/09/2018 (Rabu)
Tempat: OUM Temerloh
Tajuk: Memperkasakan Sahsiah Pekerja (tertakluk pada perubahan semasa)


Perincian maklumat berkaitan kursus akan diedarkan kepada ahli nanti.

Disebabkan tempat yang terhad, pihak Kesatuan akan memilih dahulu nama-nama berdasarkan Borang Kemaskini Ahli yang telah diedarkan dan telah dikembalikan kepada PSU Cawangan sblm ini.

Pihak KEPTAN juga memperingatkan ahli agar dapat memulangkan kembali borang maklumat tersebut kepada PSU Cawangan, Abdul Wali bin Norizan melalui pigeon hole SK Telok Sentang bagi tujuan rujukan pihak Kesatuan merancang aktiviti-aktiviti untuk ahli.

Kerjasama padu dari ahli-ahli amat diharapkan dan dihargai.

KEPTAN MAJU JAYA.



GAMBAR SEKITAR MESYUARAT

















8 Aug 2018

KAJI SELIDIK BIDANG TUGAS PEMBANTU TADBIR DI BAWAH KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA (KPM)

Assalamualaikum semua sahabat KEPTAN Cawangan Temerloh,


Ibu Pejabat Kesatuan Pembantu Tadbir (Pendidikan) Semenanjung Malaysia (KEPTAN) sedang mengumpulkan maklumat berkaitan tugas-tugas Pembantu Tadbir yang berkhidmat di bawah Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) untuk digunakan sebagai pemurniaan hasil Bengkel Laluan Kerjaya Anggota Kumpulan Pelaksana (AKP) - Pembantu Tadbir (Perkeranian/Operasi) dan Pembantu Tadbir (Kewangan) serta Pembantu Operasi yang telah dianjurkan oleh Bahagian Pengurusan Sumber Manusia, KPM. Pembantu Tadbir dari kalangan ahli KEPTAN yang mewakili kategori sekolah-sekolah telah menyertai Bengkel tersebut.   Sehubungan dengan itu, KEPTAN Pusat memohon agar semua Pembantu Tadbir yang melaksanakan tugas di bawah Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) untuk melengkapkan Kaji Selidik ini.   Jika ada tugasan yang baharu atau tugasan yang tidak melibatkan perkeranian juga boleh disenaraikan.
Pihak KEPTAN Cawangan Temerloh agar Kaji Selidik ini dapat dilengkapkan sebelum atau pada 17 Ogos 2018 (Jumaat) bagi tujuan pengumpulan maklumat diperingkat Pusat.
Kaji Selidik ini boleh dilaksanakan/dicapai melalui link seperti yang dibawah:

Kerjasama sahabat-sahabat semua dalam meluang masa mengisi borang kaji selidik ini amat dihargai dan diucapkan jutaan terima kasih.