HEBAHAN

SEMUA KETUA PEMBANTU TADBIR & PEMBANTU TADBIR LANTIKAN SURUHANJAYA PERKHIDMATAN PENDIDIKAN (SPP) DIALU-ALUKAN MENJADI AHLI KEPTAN. DAFTAR SEKARANG! SILA HUBUNGI PENGERUSI CAWANGAN ATAU SETIAUSAHA CAWANGAN BAGI MENDAPATKAN PENERANGAN BERKAITAN KEPTAN DAN MENDAFTAR. *** KEPTAN CAWANGAN SEDANG MENGEMASKINI MAKLUMAT TERKINI AHLI CAWANGAN. SEGALA KESULITAN AMAT DIKESALI. *** SEMUA AHLI KEPTAN CAWANGAN TEMERLOH DIPOHON MENGISI "BORANG KEMASKINI MAKLUMAT AHLI" YANG BOLEH DIAKSES DI DASHBOARD BLOGSPOT KEPTAN CAWANGAN SEKIRANYA BERLAKU PERUBAHAN TEMPAT BERTUGAS SEMASA ATAU MAKLUMAT PERIBADI SUPAYA MAKLUMAT TUAN/PUAN DAPAT DIKEMASKINI DARI SEMASA KE SEMASA

30 Jul 2018

KAJI SELIDIK BIDANG TUGAS PEMBANTU TADBIR SEKOLAH DAERAH TEMERLOH


Assalamualaikum semua sahabat KEPTAN Cawangan Temerloh,

Kesatuan Pembantu Tadbir (Pendidikan) Semenanjung Malaysia (KEPTAN) Pusat sedang mengumpulkan maklumat berkaitan Tugas-tugas Pembantu Tadbir yang bertugas di Sekolah/Kolej Vokasional bagi digunakan untuk pemurniaan hasil Bengkel Laluan Kerjaya AKP (PT dan PO) yang telah dianjurkan oleh Bahagian Sumber Manusia, KPM dimana wakil dari KEPTAN Pusat telah hadir bagi mewakili Pembantu Tadbir baru-baru ini. Sehubungan dengan itu, KEPTAN Cawangan Temerloh memohon agar semua Pembantu Tadbir Daerah Temerloh yang melaksanakan tugas di sekolah dan Kolej Vokasional untuk melengkapkan Kaji Selidik ini. Jika ada tugasan yang baharu atau tugasan yang tidak melibatkan perkeranian juga boleh disenaraikan.

Pihak KEPTAN Cawangan Temerloh agar Kaji Selidik ini dapat dilengkapkan sebelum atau pada 03 Ogos 2018 (Jumaat) bagi tujuan pengumpulan maklumat diperingkat Pusat.
Kaji Selidik ini boleh dilaksanakan/dicapai melalui link seperti yang dibawah:

" BORANG KAJI SELIDIK BIDANG TUGAS PT SECARA ONLINE "

Bagi ahli yang tidak dapat capaian ke link yang berikan di atas, pihak KEPTAN juga menyediakan borang fizikal untuk dilengkapkan. Borang yang telah dilengkapkan hendaklah dicetak dan dimasukkan ke dalam pigeon hole SK TELOK SENTANG, u.p.: ABDUL WALI BIN NORIZAN yang terletak di PPDT.

Borang fizikal boleh di muat turun DISINI.

Kerjasama tuan/puan sangat dihargai.


Yang menjalankan amanah,
Pn. Dahlya binti Duhim
(Setiausaha Cawangan KEPTAN Cawangan Temerloh)


ZIARAH CAKNA 3.0 ( 2018 )

TEMERLOH 26/07/2018 - KEPTAN Cawangan Temerloh telah mengadakan Ziarah Cakna  ahli KEPTAN cawangan ini iaitu Pn. Siti Kamariah binti Sh Othman, Pembantu Tadbir (P/O) SMK Seri Tualang.

KEPTAN difahamkan bahawa beliau disyaki menghidap kanser wanita dan telah menjalani pembedahan pertama bagi mendapatkan sampel.  Sedikit sumbangan serta hamper yang disumbangkan oleh ahli-ahli KEPTAN Cawangan disampaikan oleh Pengerusi KEPTAN Cawangan, En. Mohd Badrul bin Abdul Manaf kepada beliau.

Pn. Saleha bertudung hitam tiga dari kanan.









KEPTAN Cawangan Temerloh mendoakan agar Pn. Siti Kamariah segera sembuh dan diberikan kekuatan semangat.
 
KEPTAN Cawangan Temerloh juga mengucapkan ribuan terima kasih kepada semua ahli-ahli yang telah menyumbang bagi membantu sahabat-sahabat kita yang ditimpa musibah.  Semoga Allah membalas kebaikan kita semua kelak.
 
 

MESYUARAT KALI KE-1 AJK KEPTAN CAWANGAN TEMERLOH


Mesyuarat Kali Pertama AJK Keptan Cawangan Temerloh 2018-2020. Juga majlis penyerahan tugas dan sedikit sumbangan cenderahati dari Keptan kepada mantan exco sesi lalu. Sekalung terima kasih diucapkan kepada mantan exco atas sumbangan yang diberikan.

Mesyuarat diadakan di Bilik Mesyuarat SK Tanjung Lalang pada 20/07/2018 (Jumaat) jam 3.00 petang. Mesyuarat dipengerusikan oleh En. Mohd Badrul bin Abdul Manaf selaku Pengerusi KEPTAN Cawangan Temerloh.



 



 

Cenderahati kepada Pn. Zakiah binti Sallam (mantan AJK Cawangan)

Cenderahati kepada Pn. Sauyah binti Md Sood (mantan Naib Pengerusi Wanita)

Cenderahati kepada Pn. Mahirah binti Ayub (mantan Setiausaha Cawangan)


10 Jul 2018

ZIARAH CAKNA 2.0 ( 2018 )

TEMERLOH 06/07/2018 - KEPTAN Cawangan Temerloh telah mengadakan Ziarah Cakna ahli keluarga kepada ahli KEPTAN cawangan ini iaitu suami kepada Pn. Alinda binti Johan, Pembantu Tadbir (P/O) SJK (T) Bandar Mentakab serta suami kepada Pn. Saleha binti Hj. Ahmad, Pembantu Tadbir (P/O) SK Mentakab Jaya. 

(Ziarah Rumah Pn. Saleha binti Hj. Ahmad)
Ziarah yang diadakan pada 06 Julai 2018 (Jumaat) ini bermula dengan menziarahi rumah Pn. Saleha binti Hj. Ahmad di Taman Temerloh Makmur.  KEPTAN difahamkan suami beliau telah terlibat dalam satu kemalangan baru-baru ini.  Sedikit sumbangan serta hamper yang disumbangkan oleh ahli-ahli KEPTAN Cawangan disampaikan oleh Pengerusi KEPTAN Cawangan, En. Mohd Badrul bin Abdul Manaf.



Pn. Saleha duduk kiri sekali. Sumbangan disampaikan En. Mohd Badrul (berbaju melayu kuning) kepada suami Pn. Saleha.

(Ziarah Rumah Pn. Alinda binti Johan)
Ziarah seterusnya bertumpu kepada rumah Pn. Alinda binti Johan di Perumahan Taman Temerloh Jaya.  KEPTAN juga difahamkan suami beliau terlibat dengan kemalangan jalanraya.  Sedikit sumbangan serta hamper yang disumbangkan oleh ahli-ahli KEPTAN Cawangan disampaikan oleh Pengerusi KEPTAN Cawangan, En. Mohd Badrul bin Abdul Manaf.


Pn. Alinda berdiri kiri sekali. Sumbangan disampaikan En. Mohd Badrul (berbaju melayu kuning) kepada suami Pn. Alinda.





KEPTAN Cawangan Temerloh mengdoakan agar suami Pn. Saleha dan Alinda segera sembuh dan diberikan kekuatan semangat kepada Pn. Saleha dan Alinda untuk menguruskan suami mereka.

KEPTAN Cawangan Temerloh juga mengucapkan ribuan terima kasih kepada semua ahli-ahli yang telah menyumbang bagi membantu sahabat-sahabat kita yang ditimpa musibah.  Semoga Allah membalas kebaikan kita semua kelak.

MAJLIS SAMBUTAN HARI RAYA PERINGKAT DAERAH TEMERLOH 2018

TEMERLOH 30/06/2018 - Kemeriahan Sambutan Aidilfitri masih dirasai dan diteruskan oleh umat Islam.  Tidak ketinggalan warga pendidikan Daerah Temerloh yang turut bersama meraikan sambutan hari raya peringkat daerah yang menghimpunkan semua warga pendidik serta staff-staff di bawah Pejabat Pendidikan Daerah Temerloh.

Majlis yang diadakan pada hari Sabtu 30/06/2018 ini bermula pada jam 9.00 pagi dengan persiapan makanan disediakan secara gerai mengikut persatuan yang bernaung dibawah PPD Temerloh.  Selain dari itu, pelbagai agensi swasta juga turut terlibat dalam majlis ini juga turut menyumbangkan sumbangan hamper dan hadiah.



Keptan Cawangan Temerloh juga turut bersama dalam kemeriahan ini.  Hubungan yang sedia terjalin antara Keptan dan PPD, turut melancarkan lagi majlis.  Keptan Temerloh merupakan salah satu kesatuan yang setiap tahun terlibat dalam majlis sambutan hari raya ini.

Pada tahun ini menu yang dihidangkan oleh Keptan Temerloh ialah Nasi Dagang.

Tahun ini juga merupakan kenangan manis bagi Keptan Cawangan Temerloh kerana gerai Keptan telah dipilih sebagai Juara bagi pertandingan Gerai Terbaik.  Tahniah diucapkan kepada semua ahli Keptan dan pelaksana majlis ini.