HEBAHAN

SEMUA KETUA PEMBANTU TADBIR & PEMBANTU TADBIR LANTIKAN SURUHANJAYA PERKHIDMATAN PENDIDIKAN (SPP) DIALU-ALUKAN MENJADI AHLI KEPTAN. DAFTAR SEKARANG! SILA HUBUNGI PENGERUSI CAWANGAN ATAU SETIAUSAHA CAWANGAN BAGI MENDAPATKAN PENERANGAN BERKAITAN KEPTAN DAN MENDAFTAR. *** KEPTAN CAWANGAN SEDANG MENGEMASKINI MAKLUMAT TERKINI AHLI CAWANGAN. SEGALA KESULITAN AMAT DIKESALI. *** SEMUA AHLI KEPTAN CAWANGAN TEMERLOH DIPOHON MENGISI "BORANG KEMASKINI MAKLUMAT AHLI" YANG BOLEH DIAKSES DI DASHBOARD BLOGSPOT KEPTAN CAWANGAN SEKIRANYA BERLAKU PERUBAHAN TEMPAT BERTUGAS SEMASA ATAU MAKLUMAT PERIBADI SUPAYA MAKLUMAT TUAN/PUAN DAPAT DIKEMASKINI DARI SEMASA KE SEMASA

28 Jun 2018

MESYUARAT AGUNG TAHUNAN KEPTAN CAWANGAN TEMERLOH KALI KE 19/2018

TEMERLOH 27/06/2018 - Mesyuarat Agung Tahunan (MAT) Kali Ke 19 Cawangan Temerloh telah berjaya dilaksanakan dengan jayanya.  Program yang diadakan setahun sekali ini telah menghimpunkan kehadiran ahli seramai 127 orang berbanding 130 orang tahun lepas.  Walaupun kehadiran ini susut sedikit berbanding tahun sebelumnya, ianya masih boleh dibanggakan kerana mencapai sasaran pihak penganjur iaitu melebihi 2/3 dari keseluruhan ahli.

Majlis yang dimulakan pada jam 9.30 pagi ini telah dihadiri oleh tetamu undangan merangkap sebagai perasmi majlis, Tn. Hj. Wan Abdul Hamid bin Hj. Wan Muhammad.  Tn. Hj. Wan Abdul Hamid yang juga Pegawai Pendidikan Daerah Temerloh telah diiringi masuk oleh Pengetua SMK Abu Bakar, Pn. Norlaila binti Ismail selaku tuan rumah.

Antara intipati ucapan yang disentuh oleh Tuan PPD adalah:

1. Perubahan Kerajaan Baharu diperingkat Persekutuan.  Pentadbiran sekolah tertakluk dibawah Persekutuan, maka semua pegawai harus patuh kepada kerajaan semasa yang memerintah.

2. Peringatan kepada semua Pembantu Tadbir agar sentiasa menilai kembali kerja harian yang dilaksanakan.  Rekod yang tercatat sehingga kini kerja Pembantu Tadbir adalah baik tetapi perlu dipertingkatkan lagi dari semasa ke semasa.

3. Pembantu Tadbir perlu peka kepada 'sense of urgency' dimana pada ketika ini beban kerja semakin bertambah, maka Pembantu Tadbir perlu menyegerakan sesuatu perkara yang perlu disegerakan.  Jangan bertangguh kerja kerana apa yang akan berlaku pada hari esok tidak kita dapat jangkakan.

4. Kebersamaan dalam kerja diantara Pembantu Tadbir yang lama dan baharu.  Perlu saling bantu membantu antara Pembantu Tadbir.  Jangan simpan ilmu yang ada kerana orang yang cemerlang harus membantu orang lain cemerlang.

5. Penghargaan kepada KEPTAN Cawangan Temerloh kerana banyak membantu dan bersama dalam aktiviti yang dilaksanakan oleh PPD Temerloh.

6. Sedikit perkongsian rohaniah, Tuan PPD menekankan agar merebut peluang Berpuasa Enam di bulan Syawal kerana fadilat yang dijanjikan oleh Allah dimana pahala berpuasa enam tersebut menyamai seperti berpuasa sepanjang tahun.

7. Menjemput semua ahli KEPTAN dan keluarga ke majlis Jamuan Hari Raya anjuran PPD Temerloh yang akan diadakan di Dewan Warisan, SMK Abu Bakar, Temerloh dimana inilah peluang untuk saling berkenalan dan bermaaf-maafan dalam majlis tersebut.

Selain Tuan PPD, majlis turut diserikan dengan kehadiran En. Ahmad Sabri bin Zakaria, Setiausaha Agung KEPTAN Semenanjung Malaysia.  Ini merupakan penampilan sulung Tuan SUA di majlis MAT Cawangan Temerloh.  Untuk makluman bersama, Tuan SUA adalah SUA yang baharu dilantik bagi menggantikan tempat SUA terdahulu yang telah bersara dari perkhidmatan awam.

Majlis seakan semakin bertenaga tatkala Tuan SUA memulakan ucapan mewakili KEPTAN Pusat dalam menerang dan mempercerahkan lagi isu2 Pembantu Tadbir Pendidikan terkini.  Sesungguhnya kelihatan ahli-ahli tertunggu-tunggu akan kehadiran dan ucapan dari wakil pusat.  Keterujaan dan kecaknaan ahli-ahli cawangan terhadap isu-isu Pembantu Tadbir Pendidikan sangat memberikan satu suasana positif dalam perjuangan ini.

Antara isu-isu yang telah dibawa oleh Tuan SUA ialah:

1. Pertukaran Nama Skim PT Lantikan SPP dari N kepada DN.  Perkara ini telah dibawa ke peringkat atasan dan sedang menunggu jawapan.

2. Penggabungan Skim Pembantu Tadbir (P/O) dan Skim Pembantu Tadbir (Kew) dengan cadangan nama baharu yang dikenali sebagai Pegawai Khidmat Tadbir Pendidikan dengan Kod Skim NP bermula dari NP19 hingga N40 telah dibawa ke dalam Mesyuarat Majlis Bersama Kebangsaan (MBK AM / PELAKSANA).

3. Pewujudan satu Skim Baharu iaitu Pembantu Guru, kurang dipersetujui oleh KEPTAN, sebaliknya KEPTAN mencadangkan agar Pembantu Tadbir ditambah.  Dengan penambahan Pembantu Tadbir, ianya akan mengurangkan beban Pembantu Tadbir yang sedia ada dan dapat membahagikan tugas untuk membantu guru.

4. KEPTAN memohon agar KPM menyediakan pengganti kepada post yang dikosongkan oleh Pembantu Tadbir yang melanjutkan pendidikan secara Cuti Belajar Bergaji Penuh.  Ini adalah disebabkan masih ada Ketua Jabatan yang enggan menyokong dan melepaskan Pembantu Tadbir menyambung pendidikan bagi meningkatkan peluang kerjaya mereka dengan alasan akan tiada pengganti bilamana Pembantu Tadbir meninggalkan post tersebut dan akan menggangu urusan pentadbiran.

5. Memohon agar JPA memberikan pengecualian peperiksaan alam maya (online) kepada calon-calon yang telah melepasi KPSL.

6. Penubuhan Koperasi KEPTAN Berhad dalam proses kelulusan dari pihak yang bertanggungjawab.  KEPTAN Pusat akan menyebarluaskan maklumat berkaitan koperasi ini kepada cawangan setelah mendapat kelulusan penubuhannya dari pihak yang berkaitan.  Setakat ini, syarat yang dipersetujui ialah setiap pemohon hendaklah mendaftarkan diri menjadi ahli KEPTAN terlebih dahulu sebelum menjadi ahli koperasi.

7. Penjelasan kepada pecahan wang yuran RM 5.00 yang dibuat oleh ahli setiap bulan.

Beberapa usul juga telah dicadangkan agar diangkat oleh Cawangan untuk dibawa ke dalam Persidangan Perwakilan KEPTAN Tahun 2018.

Tahun ini juga adalah merupakan tahun yang berlaku pemilihan.  Pemilihan telah diadakan dengan lancar dan beberapa jawatan juga telah bertukar penyandangnya.  Diharapkan dengan gabungan muka baharu dan penyandang lama ini akan dapat terus membawa kesatuan ini kearah yang lebih kehadapan kerana setiap ahli adalah bagaikan aur dan tebing.

Mesyuarat tamat pada jam 3.15 petang.

Terima kasih diucapkan kepada AJK Pelaksana majlis yang telah berjaya menganjurkan mesyuarat ini dengan berkesan dan jayanya.

Bagi mereka yang ingin melihat kemeriahan MAT Kali ke 19/2018 bolehlah klik pada link dibawah ini untuk merasai kemeriahannya.::

Galeri Foto

No comments:

Post a Comment