HEBAHAN

SEMUA KETUA PEMBANTU TADBIR & PEMBANTU TADBIR LANTIKAN SURUHANJAYA PERKHIDMATAN PENDIDIKAN (SPP) DIALU-ALUKAN MENJADI AHLI KEPTAN. DAFTAR SEKARANG! SILA HUBUNGI PENGERUSI CAWANGAN ATAU SETIAUSAHA CAWANGAN BAGI MENDAPATKAN PENERANGAN BERKAITAN KEPTAN DAN MENDAFTAR. *** KEPTAN CAWANGAN SEDANG MENGEMASKINI MAKLUMAT TERKINI AHLI CAWANGAN. SEGALA KESULITAN AMAT DIKESALI. *** SEMUA AHLI KEPTAN CAWANGAN TEMERLOH DIPOHON MENGISI "BORANG KEMASKINI MAKLUMAT AHLI" YANG BOLEH DIAKSES DI DASHBOARD BLOGSPOT KEPTAN CAWANGAN SEKIRANYA BERLAKU PERUBAHAN TEMPAT BERTUGAS SEMASA ATAU MAKLUMAT PERIBADI SUPAYA MAKLUMAT TUAN/PUAN DAPAT DIKEMASKINI DARI SEMASA KE SEMASA

1 Nov 2018

KEPUTUSAN RASMI PEMILIHAN PEGAWAI KANAN (EXCO) KEPTAN SEMENANJUNG MALAYSIA SESI 2018-2020


KEPUTUSAN PENUH PEMILIHAN PEGAWAI KANAN (EXCO) KESATUAN PEMBANTU TADBIR (PENDIDIKAN) SEMENANJUNG MALAYSIA SESI 2018 - 2020.

PRESIDEN:
1. EN. ADNAN BIN AHMAD (6661 undi) (Menang)
2. Pn. Jameelah binti Hussien (3387 undi)

TIMBALAN PRESIDEN:
1. EN. KAMARUDIN BIN HAMZAH (7353 undi) (Menang)
2. En. Mohd Shaari bin Mohd Shariff (2630 undi)

NAIB PRESIDEN (L):
1. EN. AB HARAIDI BIN AB WAHAB (4647 undi) (Menang)
2. EN. YAACOB BIN OTHMAN (4584 undi) (Menang)

3. En. Othman bin Mamat (4513 undi)
4. En. Mohd Shaari bin Mohd Shariff (3502 undi)
5. En. Ibni Hajar bin Saad (1985 undi)

NAIB PRESIDEN (W):
1. PN. ZURAIDAH BINTI ZAINAL (4767 undi) (Menang)
2. Pn. Hazlyffa binti Mohd Khalid (2918 undi)
3. Pn. Ros Azizah binti Darus (2351 undi)

PENOLONG SETIAUSAHA AGUNG:
1. PN. FUZIYAH BINTI AB KADIR (5612 undi) (Menang)
2. Pn. Puteri Zarena binti Ahmad (4424 undi)

SETIAUSAHA AGUNG:
1. EN. AHMAD SABRI BIN ZAKARIA
(Menang Tanpa Bertanding)

BENDAHARI AGUNG:
1. PN. ZALEHA BINTI BAHARUDIN
(Menang Tanpa Bertanding)


PERSIDANGAN PERWAKILAN TAHUNAN KEBANGSAAN KEPTAN KALI KE 23 TAHUN 2018


Persidangan Perwakilan Tahunan Kebangsaan KEPTAN Semenanjung Malaysia Kali Ke 23 Tahun 2018 telah selesai diadakan pada ketetapan seperti yang berikut:

Tarikh: 28 - 29 Oktober 2018 (Ahad - Isnin)
Masa: Pendaftaran 28/10/2018
Tempat: Hotel Taiping Perdana

4 orang Perwakilan Cawangan Temerloh yang terpilih melalui Mesyuarat Agung Tahunan Cawangan Temerloh Kali ke 19 Tahun 2018 adalah seperti yang berikut:
 
1) En. Mohd Badrul bin Abdul Manaf (Kuota Pengerusi)
2) Pn. Noor Lizah binti Yusof
3) Pn. Dahlya binti Duhim
4) En. Abdul Wali bin Norizan
5) En. Ahmad Badrul Hisham bin Din

Gambar sekitar persidangan perwakilan:


 





















16 Oct 2018

ZIARAH CAKNA 4.0 ( 2018 )



Assalamualaikum dan selamat sejahtera.

Pada 12/10/2018 (Jumaat) jam 5.00 petang, wakil dari KEPTAN Cawangan Temerloh yang terdiri dari En. Mohd Badrul bin Abdul Manaf (Pengerusi Cawangan), En. Mohd. Kasim bin Abu Samah (Timbalan Pengerusi Cawangan), En. Abdul Wali bin Norizan (PSU Cawangan) dan En. Mohamad Sabri bin Hj. Yusof (AJK Cawangan) telah menziarahi sahabat kita iaitu En. Mohamed Isa bin Ariffin (Pembantu Tadbir SJKT Ladang Edensor) yang telah menghidapi Stroke.

Sumbangan dari ahli-ahli KEPTAN dan KEPTAN sendiri telah pun disampaikan kepada anak beliau yang pada ketika itu sedang menemani ayahnya.

En. Mohamed Isa bin Ariffin kini berada dalam keadaan stabil dan telah dipindahkan dari Wad ICU 2 ke Wad Harian biasa di Wad Kenanga 12, Aras 7.  Beliau telah mula sedar dan ada ketikanya membuka mata ketika menyedari kehadiran rakan-rakan yang hadir.

Ketika ziarah tersebut, KEPTAN dimaklumkan oleh anaknya bahawa En. Mohamed Isa bin Ariffin sedang mengalami demam dan sedang tidur berehat.

KEPTAN Temerloh mendoakan agar En. Mohamed Isa bin Ariffin segera sembuh dan dapat menjalani kehidupan seperti biasa.  KEPTAN Temerloh juga sangat berterima kasih kepada semua ahli-ahli KEPTAN mahupun individu bukan ahli yang telah menyumbang sumbangan untuk diserahkan kepada waris En. Mohamed Isa bin Ariffin.

Inilah ertinya "KESATUAN".  Bermaksud ahli-ahli bersatu dan sentiasa saling tolong menolong antara satu sama lain.

Semoga Allah membalas dengan kebaikan dan dilapangkan rezeki kepada semua penyumbang yang telah menyumbang.

Jazakumullah khairan kathira.


14 Oct 2018

BENGKEL PEMANTAPAN SISTEM PERAKAUNAN KUMPULAN WANG SEKOLAH SECARA ELEKTRONIK (eSPKWS) BAGI JURULATIH (JU) DAN PEMBANTU TADBIR SIRI 1/2018


BENGKEL PEMANTAPAN SISTEM PERAKAUNAN KUMPULAN WANG SEKOLAH SECARA ELEKTRONIK (eSPKWS) BAGI JURULATIH (JU) DAN PEMBANTU TADBIR SIRI 1/2018

TARIKH: 08 - 09 OKTOBER 2018
MASA: 9.00 PAGI - 5.00 PETANG
TEMPAT: GERBANG MAKNA, PPD TEMERLOH



















PERJUMPAAN ANTARA KEPTAN – KEPTAN CAWANGAN PAHANG.

PERJUMPAAN ANTARA KEPTAN - KEPTAN CAWANGAN PAHANG

Tempat: PPD Maran
Tarikh: 05/10/2018
Hari: Jumaat
Masa: 9.00 pagi - 12.00 tengahari

Antara yang dibincangkan adalah:
-  Pelantikan Badan Perhubungan KEPTAN Negeri Pahang.
-  Perbincangan berkenaan Perwakilan Persidangan KEPTAN Kebangsaan:
   * Pengangkutan
   * Pemilihan
-  Perbincangan mengenai Program-program anjuran KEPTAN Negeri Pahang.
-  Perbincangan isu-isu semasa.