Alhamdulillah kerana telah dilapangkan dan dipermudahkan urusan Keptan Cawangan Temerloh dan ahlinya bilamana Pengundian Undi Sulit bagi Usul Kenaikan Yuran yang telah diperbahaskan di Persidangan Perwakilan Keptan Tahun 2019 yang lalu dapat diadakan dalam suasana yang tenang dan berjalan lancar.
Pengundian ini telah diadakan pada ketetapan yang berikut:
Tarikh: 14 Januari 2020 (Selasa)
Masa: 3.00 petang
Tempat: Dewan Wawasan, SMK Abu Bakar Temerloh.
Terima kasih diucapkan kepada pengurusan Pejabat Pendidikan Daerah Temerloh yang telah membenarkan ahli Keptan Temerloh untuk hadir ke pengundian ini.
Juga penghargaan kepada semua ahli yang telah hadir bagi menunaikan tanggungjawab. Walau sesibuk mana pun kita, sedikit ruang perlu diberikan kepada kesatuan kita kerana kesatuan kita tidak dapat bergerak tanpa penglibatan semua ahli.
No comments:
Post a Comment