Jawatankuasa Keptan Cawangan Temerloh telah mengadakan Mesyuarat Khas Penyelarasan Sambutan Hari Pembantu Tadbir (Pendidikan) dan Hi-Tea peringkat Daerah Temerloh yang diadakan pada ketetapan yang berikut:
Tarikh: 07 November 2019 (Khamis)
Masa: 2.30 petang
Tempat: Gerbang Cendekia, PPD Temerloh
Antara agenda yang telah dibincangkan dan dipersetujui oleh mesyuarat adalah:
- Jamuan Hi-Tea dan Sambutan Hari Pembantu Tadbir (Pendidikan) (HPTP) Peringkat Daerah Temerloh akan diadakan bersekali.
- Jamuan Hi-Tea dan Sambutan HPTP akan diadakan pada 05 Disember 2019 (Khamis).
- Tempat diadakan di SJK (C) Khee Chee Temerloh.
- Antara pengisian program adalah penyampaian Sijil Penghargaan kepada sekolah-sekolah yang telah mendapat keputusan Audit Kewangan Cemerlang Tahun 2018.
- Tema : "Bollywood".
Bagi ahli Keptan Cawangan yang ingin menyertai program ini, bolehlah menyerahkan nama kepada Setiausaha Cawangan Pn. Dahlyia binti Duhim ditalian 019-9670457 sebelum atau pada 27 November 2019 (Rabu).
Untuk maklumat lanjut, sila hubungi nombor dibawah untuk mendapatkan pencerahan berkaitan program:
- En. Mohd Kasim bin Abu Samah (Timbalan Pengerusi) : 019-5442547
- Pn. Noor Lizah binti Yusof (Naib Pengerusi) : 011-10608048
- Pn. Dahlyia binti Duhim (Setiausaha) : 019-9670457
No comments:
Post a Comment