Tarikh: 10/10/2019 (Khamis)
Masa: 8.00 pagi
Tempat: SJK (C) Khee Chee
Masa: 8.00 pagi
Tempat: SJK (C) Khee Chee
Alhamdulillah satu lagi kursus bagi tahun 2019 telah selesai dianjurkan dan dijayakan oleh KEPTAN Cawangan Temerloh kepada ahli Cawangan Temerloh. Ini merupakan kursus terakhir bagi Tahun 2019 ini sebelum menutup tirai.
Kursus ini telah ditaklimatkan oleh Pegawai Eksekutif PPD Temerloh, Cik Nor Anisah binti Jusoh yang memberi taklimat berkaitan Penyata Perubahan Pendapatan dan Cuti-cuti dalam perkhidmatan.
Sesi seterusnya telah disambung oleh fasilitator Puan Norhaslina binti Mohd yang membawa tajuk Pelaksanaan HRMIS Bagi Pegawai Baru Lantik.
Dan dihujung sesi, tajuk berkaitan Permohonan Untuk Urusan Keluar Negara telah disampaikan oleh Fasilitator Puan Firda Murni binti Rusli.
Kehadiran yang sangat memberangsangkan juga menjadi perangsang kepada KEPTAN Cawangan untuk terus merancang dan melaksanakan program-program untuk semua ahli. Kehadiran pada hari tersebut adalah seramai 105/117.
Keptan Cawangan Temerloh juga ingin mengucapkan tahniah dan syabas kepada semua ahli Cawangan Temerloh kerana telah memberikan sokongan dan momentum yang padu kepada aktiviti anjuran Cawangan.
Semoga semua ahli Keptan Temerloh dapat terus memberikan momentum yang terbaik untuk aktiviti-aktiviti anjuran Keptan Cawangan Temerloh pada masa-masa akan datang.
Keptan Cawangan Temerloh juga ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada barisan penceramah yang telah sudi berkongsi maklumat dengan ahli-ahli KEPTAN Cawangan Temerloh.
Kepada yang belum menjadi ahli, dan ingin menjadi ahli, boleh berjumpa dengan Setiausaha Cawangan, Puan Dahlyia Duhim (Pembantu Tadbir SK Kuala Kaung) untuk mendapatkan informasi dan borang.
Sekitar momen-momen sepanjang Kursus Perkhidmatan Tahun 2019:
No comments:
Post a Comment