MESYUARAT AGUNG TAHUNAN (MAT) KEPTAN CAWANGAN TEMERLOH KALI KE-20 TAHUN 2019
Tarikh: 26/06/2019 (Rabu)
Masa: 8.00 pagi - 5.00 petang
Tempat: Dewan Warisan, SMK Abu Bakar
Alhamdulillah.
Selesai sudah Mesyuarat Agung Tahunan KEPTAN Temerloh Kali Ke-20 & Jamuan Hari Raya Aidilfitri Tahun 2019.
Terima kasih diucapkan kepada semua yang telah terlibat dalam menjayakan Mesyuarat Agung Tahunan ini terutama ahli KEPTAN Temerloh yang berjaya hadir dan mencukupkan kuorum mesyuarat. Sesungguhnya mesyuarat agung adalah platform untuk semua melontarkan pandangan dan idea untuk memantapkan lagi kesatuan kita. Juga terima kasih banyak-banyak kepada tuan rumah, SMK Abu Bakar yang sudi menyediakan dan membenarkan penggunaan tempat untuk bermesyuarat.
Melalui platform ini, semua ahli Pembantu Tadbir dapat berhimpun dan berkenal-kenalan antara satu dengan yang lain. Satu perkara yang tidak boleh dinafikan, perkongsian urusan kerja juga dapat dikongsi.
Semoga dengan pengumuman YBM berkaitan Hari Pembantu Tadbir KPM, akan menjadi satu lagi wadah untuk Pembantu Tadbir berhimpun dan mendeklarasikan isu-isu berkaitan skim Pembantu Tadbir khususnya dibawah lantikan SPP.
Ucapan jutaan terima kasih juga kepada para penyumbang hadiah cabutan bertuah & makanan jamuan hari raya.
Jumpa lagi MAT tahun hadapan!
Nota: Sila lihat Album MAT Keptan Temerloh 2019 untuk lebih banyak gambar.
No comments:
Post a Comment