Assalamualaikum dan selamat sejahtera,
Kepada : Semua Ahli KEPTAN Cawangan Temerloh.
Tuan/Puan,
JEMPUTAN KE MAJLIS
SAMBUTAN HARI GURU PERINGKAT NEGERI PAHANG TAHUN 2019
Dengan segala hormatnya perkara di
atas dirujuk.
2. Sukacita dimaklumkan bahawa pada tahun
ini, Pejabat Pendidikan Daerah Temerloh (PPDT) telah dipertanggungjawabkan
sebagai tuan rumah Majlis Sambutan Hari Guru Peringkat Negeri Pahang. KEPTAN Cawangan Temerloh juga telah dijemput
untuk terlibat dalam meraikan dan memeriahkan lagi majlis sambutan ini.
3. Sehubungan dengan itu, pihak KEPTAN
Cawangan Temerloh berbesar hati ingin menjemput tuan/puan untuk hadir ke majlis
sambutan ini mengikut ketetapan seperti yang berikut:
Tarikh: 27 April 2019 (Sabtu)
Masa: 9.30 pagi
Tempat: Dewan SJK (C) Khee
Chee, Temerloh
Perasmi: YB. Dr. Maszlee bin Malik
(Menteri Pendidikan Malaysia)
Pakaian: Lelaki – Batik Lengan
Panjang
Perempuan
– Baju Kurung Batik
4. Untuk makluman, semua Anggota Kumpulan Pelaksana
(AKP) hanya terlibat dengan acara melihat
pameran, jamuan dan cabutan bertuah
sahaja dan tidak terlibat dengan
acara dalam dewan. Oleh yang
demikian, ahli diminta mendaftar di kaunter
pendaftaran cabutan bertuah bermula jam 9.30
pagi untuk mendapatkan nombor untuk cabutan bertuah.
Kerjasama dan
perhatian tuan/puan terhadap perkara ini amat dihargai.
Sekian,
terima kasih.
Saya yang
menjalankan amanah,
(MOHD BADRUL BIN ABDUL MANAF)
Pengerusi
KEPTAN Cawangan Temerloh
28000 Temerloh, Pahang
Surat Jemputan ↓:
Surat Jemputan (untuk cetakan) ⇒: Klik disini untuk cetakan format PDF.
No comments:
Post a Comment