HEBAHAN

SEMUA KETUA PEMBANTU TADBIR & PEMBANTU TADBIR LANTIKAN SURUHANJAYA PERKHIDMATAN PENDIDIKAN (SPP) DIALU-ALUKAN MENJADI AHLI KEPTAN. DAFTAR SEKARANG! SILA HUBUNGI PENGERUSI CAWANGAN ATAU SETIAUSAHA CAWANGAN BAGI MENDAPATKAN PENERANGAN BERKAITAN KEPTAN DAN MENDAFTAR. *** KEPTAN CAWANGAN SEDANG MENGEMASKINI MAKLUMAT TERKINI AHLI CAWANGAN. SEGALA KESULITAN AMAT DIKESALI. *** SEMUA AHLI KEPTAN CAWANGAN TEMERLOH DIPOHON MENGISI "BORANG KEMASKINI MAKLUMAT AHLI" YANG BOLEH DIAKSES DI DASHBOARD BLOGSPOT KEPTAN CAWANGAN SEKIRANYA BERLAKU PERUBAHAN TEMPAT BERTUGAS SEMASA ATAU MAKLUMAT PERIBADI SUPAYA MAKLUMAT TUAN/PUAN DAPAT DIKEMASKINI DARI SEMASA KE SEMASA

3 Sept 2020

MESYUARAT AGUNG TAHUNAN KEPTAN CAWANGAN TEMERLOH KALI KE-21 TAHUN 2020

 

Alhamdulillah, selesai sudah Mesyuarat Agung Tahunan Keptan Cawangan Temerloh Kali Ke-21 Tahun 2020.

Mesyuarat yang diadakan pada 26 Ogos 2020 (Rabu) bertempat di Dewan UMNO Bahagian Temerloh ini telah dihadiri oleh seramai 104 orang yang telah berlangsung dengan lancar.

Pada tahun ini yang merupakan tahun pemilihan telah menonjolkan bakat-bakat baru dalam kepimpinan sekaligus menunjukkan bahawa Keptan Cawangan Temerloh akan terus gagah menjulang agenda kesatuan.

Terima kasih kepada semua ahli dan bukan ahli yang telah hadir memberikan solidariti dan ahli telah menjalankan tanggungjawab yang diperuntukkan dalam perlembagaan kesatuan.

Terima kasih jua kepada pimpinan jawatankuasa bagi penggal 2018-2020 atas segala usaha yang telah dicurahkan kepada kesatuan ini.

Diharapkan juga kepada jawatankuasa yang baru dipilih bagi sesi 2020-2022 akan terus bergerak lebih maju kehadapan dgn idea-idea dan pelaksanaan yang lebih cekap dan tuntas.

Sekalung terima kasih diucapkan kepada UMNO Bahagian Temerloh yang telah sudi memberi kebenaran menggunakan tempat bagi mengadakan mesyuarat pada tahun ini.

23 May 2020

SELAMAT MENYAMBUT HARI RAYA AIDILFITRI 1441H TAHUN 2020


Assalamualaikum,

Dikesempatan hari yang mulia ini KEPTAN Cawangan Temerloh ingin mengucapkan Selamat Hari Raya Aidilfitri Tahun 2020 bersamaan 1441H kepada seluruh umat Islam khususnya ahli KEPTAN yang akan merayakan hari lebaran ini.

Semoga segala amalan kita dibulan Ramadhan Al Mubarak diterima oleh Allah dan semoga amalan tersebut terus istiqamah dalam diri kita semua.

Tangan dihulur maaf dipohon,
Tanda ikhlas mensucikan diri,
Salah dan silap harap diampun,
Semoga berbahagia di aidilfitri.

Selamat menyambut Hari Raya Aidilfitri.
Maaf Zahir & Batin.
Ingatan tulus ikhlas dari KEPTAN Cawangan Temerloh
2020/1441H


17 Feb 2020

SURAT EDARAN PENYEDIAAN BORANG KEW320



Perhatian kepada Semua Pembantu Tadbir Daerah Temerloh:

1. Berdasarkan Surat Edaran Jabatan Akauntan Negara Malaysia No. Rujukan JANM.BKP.600-14/1/5 Jld.2 (12) bertarikh 4 Februari 2020, penyediaan KEW320 telah dipinda ke format baharu dan penggunaan borang ini hendaklah digunapakai mulai APRIL 2020.

2. Sehubungan dengan itu, semua Pembantu Tadbir Daerah Temerloh, diminta agar mematuhi arahan yang dikeluarkan oleh Unit Kewangan PPD Temerloh bagi melancarkan urusan penyediaan gaji.

3. Borang softcopy boleh dimuat turun melalui pautan ini: BORANG PENYEDIAAN KEW320 SOFTCOPY.


23 Jan 2020

PENGUNDIAN UNDI SULIT


Alhamdulillah kerana telah dilapangkan dan dipermudahkan urusan Keptan Cawangan Temerloh dan ahlinya bilamana Pengundian Undi Sulit bagi Usul Kenaikan Yuran yang telah diperbahaskan di Persidangan Perwakilan Keptan Tahun 2019 yang lalu dapat diadakan dalam suasana yang tenang dan berjalan lancar.

Pengundian ini telah diadakan pada ketetapan yang berikut:

Tarikh:  14 Januari 2020 (Selasa)
Masa:  3.00 petang
Tempat:  Dewan Wawasan, SMK Abu Bakar Temerloh.

Terima kasih diucapkan kepada pengurusan Pejabat Pendidikan Daerah Temerloh yang telah membenarkan ahli Keptan Temerloh untuk hadir ke pengundian ini.

Juga penghargaan kepada semua ahli yang telah hadir bagi menunaikan tanggungjawab.  Walau sesibuk mana pun kita, sedikit ruang perlu diberikan kepada kesatuan kita kerana kesatuan kita tidak dapat bergerak tanpa penglibatan semua ahli.