HEBAHAN

SEMUA KETUA PEMBANTU TADBIR & PEMBANTU TADBIR LANTIKAN SURUHANJAYA PERKHIDMATAN PENDIDIKAN (SPP) DIALU-ALUKAN MENJADI AHLI KEPTAN. DAFTAR SEKARANG! SILA HUBUNGI PENGERUSI CAWANGAN ATAU SETIAUSAHA CAWANGAN BAGI MENDAPATKAN PENERANGAN BERKAITAN KEPTAN DAN MENDAFTAR. *** KEPTAN CAWANGAN SEDANG MENGEMASKINI MAKLUMAT TERKINI AHLI CAWANGAN. SEGALA KESULITAN AMAT DIKESALI. *** SEMUA AHLI KEPTAN CAWANGAN TEMERLOH DIPOHON MENGISI "BORANG KEMASKINI MAKLUMAT AHLI" YANG BOLEH DIAKSES DI DASHBOARD BLOGSPOT KEPTAN CAWANGAN SEKIRANYA BERLAKU PERUBAHAN TEMPAT BERTUGAS SEMASA ATAU MAKLUMAT PERIBADI SUPAYA MAKLUMAT TUAN/PUAN DAPAT DIKEMASKINI DARI SEMASA KE SEMASA

11 Apr 2018

MAJLIS PERASMIAN KONVENSYEN PEMBANTU TADBIR KPM DAN PELANCARAN KOPERASI KEPTAN MAJU BERHAD


9 April 2018 | 10.00 pagi | Hotel Heritage

YBM Dato' Seri Hamzah bin Zainudin, Menteri KPDNKK menyempurnakan Majlis Perasmian Konvensyen Pembantu Tadbir KPM anjuran KEPTAN Semenanjung Malaysia dengan kerjasama JPN Perak.

Tetamu Kehormat:
YBhg. Datuk Azih bin Muda - Presiden CUEPACS
YBhg. Dato' Noor Zari bin Hamat - Pengerusi Eksekutif Suruhanjaya Koperasi Malaysia
En. Zainal bin Ismail - Pengerusi CUEPACS Negeri Perakmerangkap Timbalan Presiden II CUEPACS

Tetamu Jemputan yang turut hadir:
En. Zahari bin Omar - Pengerusi SKM KL,
En. Azam - Pengerusi SKM Perak,
Pegawai-Pegawai KPDNKK dan SKM,
Cikgu Harry Tan Huat Hock - Setiausaha Agung NUTP merangkap Timbalan Setiausaha Agung III CUEPACS,
En. Izham Ku Zaifah - Jawankuasa Tertinggi CUEPACS Malaysia.
EXCO CUEPACS Perak,
Pegawai-Pegawai dan Wakil Pejabat Pendidikan Daerah Negeri Perak.


Peserta konvensyen seramai 500 orang dari kalangan Pegawai Kanan KEPTAN, Pengerusi-pengerusi Perhubungan KEPTAN setia negeri, pengerusi & setiausaha cawangan KEPTAN Semenanjung Malaysia, dan Ahli KEPTAN (200 peserta) & Ahli-ahli KEPTAN Negeri Perak (300 peserta - setiap daerah 30 orang) dan bakal-bakal ahli Koperasi.

Syabas dan Tahniah kepada rakan-rakan EXCO dan JK KEPTAN Negeri Perak yang bertungkus lumus untuk menjayakan program 2 hari ini.

Syukur alhmadulillah, YB Menteri telah mengumumkan sumbangan RM120,000 untuk operasi dan RM500,000 untuk saham KOPERASI KEPTAN MAJU BERHAD.

TERIMA KASIH YB MENTERI KPDNKK, Suruhanjaya Koperasi Malaysia dan semua pegawai KPDNKK yang teribat menjayakan Majlis hari ini.

Peserta yang hadir melebihi 500 orang.

Sebelum Majlis Perasmian (8.00-9.50pg), satu taklimat berkaitan isu-isu semasa dan perjuangan CUEPACS oleh Presiden CUEPACS.

Manakala pada 8 April 2018 (4.00-6.00ptg) taklimat Peranan Ahli Kesatuan Sekerja Gabungan CUEPACS oleh Encik Zainal Ismail, Timbalan Presiden II CUEPACS merangkap Pengerusi CUEPACS Negeri Perak. Seramai 200 peserta dari seluruh Negeri terlibat.

Info:
KEPTAN mempunyai 79 cawangan terdiri setiap daerah dan merupakan Kesatuan yang keempat paling ramai ahli dalam Kesatuan Gabungan CUEPACS. KEPTAN kini mempunyai 11 ribu.


Sekian, terima kasih.

AHMAD SABRI BIN ZAKARIA
SETIAUSAHA AGUNG
KEPTAN SEMENANJUNG MALAYSIA
9 April 2018.

Video Sekitar Majlis Perasmian

Gambar-Gambar Sekitar Majlis Perasmian

























4 Apr 2018

KHABAR BAIK PENJAWAT AWAM SEMPENA MAPPA XVI

Rabu, 4 April 2018 | 11:47am


9 khabar gembira untuk penjawat awam, pesara
PUTRAJAYA: Kerajaan hari ini mengumumkan sembilan khabar gembira kepada penjawat awam dan pesara kerajaan di seluruh negara.

Berita gembira itu diumumkan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak pada Majlis Amanat Perdana Perkhidmatan Awam Ke-16 (MAPPA XVI) di hadapan lebih 10,000 penjawat awam di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC) di sini, hari ini.

Antara 'buah tangan teristimewa' diterima penjawat awam adalah pemberian kenaikan gaji tahunan (KGT) kepada semua 1.6 juta penjawat awam, berkuat kuasa 1 Julai 2018.

Najib berkata, pemberian kenaikan bersamaan satu KGT itu membabitkan implikasi kewangan sebanyak RM1.46 bilion.

"Ini bermakna, penjawat awam akan mendapat tambahan satu lagi KGT disamping pergerakan gaji tahunan yang diterima bagi tahun 2018," katanya.

Selain itu, katanya, kerajaan juga bersetuju memendekkan tempoh kenaikan pangkat berasaskan 'time based' kepada kakitangan kumpulan pelaksana daripada 13 tahun kepada 10 tahun berkuat kuasa 1 Januari 2018.

Menurutnya, pelaksanaan itu membabitkan implikasi kewangan sebanyak RM34 juta dengan 13,006 pegawai terbabit.

Najib juga berkata, kerajaan juga akan mewujudkan lapisan kenaikan pangkat Gred 56 bagi Skim Pegawai Perkhidmatan Pendidikan khusus bagi pegawai yang berada lebih lima tahun di Gred 54.
"Ia sekali gus memberi peluang kenaikan pangkat kepada 323 pegawai dengan implikasi kewangan sebanyak RM7.4 juta, berkuat kuasa 1 Januari 2019," katanya.

Najib berkata, kerajaan juga bersetuju memanjangkan kemudahan perubatan kepada ibu bapa bagi pegawai lantikan kontrak dan memberi faedah kepada 42,867 pegawai, berkuat kuasa 1 Julai 2018.
Selain itu, katanya, kerajaan bersetuju menyumbang sekurang-kurangnya RM3 juta setahun kepada Kongres Kesatuan Pekerja-Pekerja di dalam Perkhidmatan Awam (CUEPACS).

Bagi menghargai penjawat awam bukan beragama Islam menunaikan aktiviti keagamaan masing-masing, Najib berkata, kerajaan bersetuju memanjangkan kemudahan cuti tanpa rekod selama tujuh hari maksimum sepanjang tempoh perkhidmatan, berkuat kuasa 1 Januari 2018 kepada penjawat awam berkenaan.

Sebelum ini, katanya, kemudahan cuti tanpa rekod keagamaan selama tujuh hari hanya diberikan kepada penjawat awam beragama Islam bagi tujuan menunaikan umrah.

Najib juga mengumumkan tiga berita gembira kepada lebih 800,000 pesara kerajaan termasuk satu peratus kenaikan kadar pencen secara one-off mulai 1 Julai hingga 31 Disember 2018 sebagai tambahan kepada dua peratus diterima pesara pada 1 Januari 2018.

Selain itu, katanya, kerajaan juga bersetuju memberi geran khas masing-masing RM1 juta kepada Persatuan Pesara Kerajaan Malaysia; Yayasan Pesara Kerajaan Malaysia dan Kelab Pesara Kerajaan 1Malaysia (KUPEKMAS) bagi menganjurkan aktiviti persatuan dan kelab.

Bagi memastikan pesara kerajaan berpeluang menunaikan fardu haji, Najib berkata, kerajaan bersetuju menetapkan satu kuota khas kepada kumpulan berkenaan sejurus mendapat kuota diperuntukkan kepada Malaysia oleh Kerajaan Arab Saudi.